CHAN 2018: Maghribi Langkah Kanan, Ivory Coast Tergelincir

African Nations Championship (CHAN) edisi kelima sudah menaikkan tirainya. Kali ini Maghribi telah terpilih menjadi tuan rumah.

Kejohanan ini berlangsung 13 Januari hingga 4 Februari 2018 di sekitar Maghribi. Harus diketahui, kejohanan ini tidak sama dengan African Cup of Nations (AFCON).

Maghribi belasah Mauritania

https://www.youtube.com/watch?v=ElWuXtsZTw8

Maghribi memulakan aksi dalam saingan Kumpulan A dengan penuh bergaya. Mereka menewaskan Mauritania dengan 4 gol tanpa balas.

Dua gol Maghribi disumbangkan oleh Ayoub el Kaabi pada minit ke-66 dan ke-79. Ismail el Haddad menambah gol Maghribi pada minit ke-71.

Pada minit kecederaan, Achraf Bencharki menambah satu lagi gol untuk tuan rumah.

Sudan bergelut

https://www.youtube.com/watch?v=7E9jOqpgIFQ

Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Sudan bermula garang pada minit ke-19 melalui gol daripada hasil tandukan Omer Koko. Kemudiannya, Sekou Camara menjaringkan gol penyamaan Guinea 10 minit selepas separuh masa kedua bermula.

Hasil daripada asakan berterusan, Sudan berjaya melepasi ujian Guinea. Mereka meraih gol kemenangan pada minit ke-75.

Gol itu disumbangkan oleh Saifeldin Malik Bakhit.

Namibia atasi Ivory Coast

https://www.youtube.com/watch?v=RvmPO-kBqOc

Kumpulan B menyaksikan pertemuan pembukaan  antara Namibia menentang Ivory Coast.Gol tunggal pada minit kecederaan Charles Hambira untuk Nambia meranapkan Ivory Coast.

Mereka terikat 0-0 pada separuh masa pertama. Skor itu berterusan sehinggalah gol Charles Hambira. Jurulatih Ivory Coast, Ibrahim Kamara melahirkan kekecewaan apabila tewas mengejut kepada Namibia.

Zambia tewaskan Uganda

https://www.youtube.com/watch?v=DIZBS1PzKZ4

Aksi kedua Kumpulan B menyaksikan Zambia menewaskan Uganda. Pada separuh masa pertama, mereka terikat 1-1. Gol Zambia dijaringkan oleh Lazarous Kambole pada minit ke-38.

Dua minit kemudian, Uganda menyamakan kedudukan dengan gol oleh Derrick Nsibambi. Augustine Mulenga dan Fackson Kapumbu menjaringkan masing-masing satu gol untuk Zambia.

Zambia menduduki carta teratas Kumpulan B kerana berkelebihan daripada kutipan defisit gol.

Aksi seterusnya

Kumpulan C bakal membuka tirai dengan perlawanan antara Libya menentang Equatorial Guinea. Selain itu, Nigeria bakal beraksi menentang Rwanda.

Angola akan bertemu Burkina Faso untuk pembukaan Kumpulan D. Begitu juga pertemuan antara Cameroon menentang Congo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN