Tottenham Hotspur Risau Kane Dan Alli Disambar Real Madrid Dan PSG

Laporan daripada media eropah menyebut beberapa kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat dua tonggak Tottenham Hotspur iaitu Harry Kane dan Dele Alli.

Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy me­negaskan mereka tidak akan melepaskan dua bintang utama itu pada jendela perpindahan Januari mahupun penghujung musim ini.

Memandangkan stadium baharu Spurs sedang dalam pembinaan, mereka dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai projek berkenaan.

Bagaimanapun, Levy menolak dakwaan tersebut selain memberi amaran kepada pasukan-pasukan yang berminat untuk mendapatkan Kane dan Alli.

“Saya yakin 100 peratus mereka mahu kekal. Sudah tentu kelab ini mahu mengekalkan setiap pemain terbaik dan saya beri jaminan me­reka akan terus bermain bersama Spurs musim depan.

“Saya tahu Mauricio (Pochettino) sentiasa mencari ruang untuk me­ngukuhkan pasukan tetapi apa yang boleh saya beritahu, perpindahan pada bulan Januari sangat sukar,” ujar Levy.

Pada ketika ini, Levy dikatakan sedang mengadakan rundingan de­ngan Alli berhubung kontrak baharu yang akan menyaksikan kenaikan gaji pemain antarabangsa England tersebut.

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Namun bagi pengurus Spurs, Pochettino, beliau mengakui Kane tidak boleh dipaksa untuk kekal, percaya pemain berusia 24 tahun itu lebih sukakan kejayaan di Tottenham berbanding pasukan lain.

“Harry gembira. Sering kali saya memberitahu penyokong kami, dia gembira,” ujar Pochettino.

“Dia sayangkan Tottenham dan setiap orang mahu menang – kami, kelab, Daniel Levy (pengerusi), pemain, penyokong – setiap orang mahu menang dan mahu memenanginya di tempat yang anda sayang.

“Bagi Harry ia terlalu istimewa untuk memenangi kejuaraan dan trofi di Tottenham.” jelasnya.

Tottenham membenarkan pemain sayap Georges-Kevin Nkoudou menyertai Burnley secara pinjaman hingga hujung musim ini namun mereka masih belum mendapatkan khidmat mana-mana pemain bulan ini.

Kekurangan aktiviti pembelian mereka jauh berbeza dengan enam kelab utama Liga Perdana.

Manchester City dan Manchester United dilaporkan memburu penyerang Arsenal, Alexis Sanchez manakala Liverpool sudah membeli Virgil Van Dijk dan menjual Philippe Coutinho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN