Football Leaks Dedah Pendapatan Messi RM57,760.85 Sehari, 40% Daripada Payroll Barcelona

Lionel Messi telah pun menadantangani kontrak baru dengan Barcelona untuk membolehkan beliau kekal di Barcelona sehinga Jun 2021.

Pengurusan Barcelona menarik nafas lega kerana berjaya meyakinkan Lionel Messi untuk kekal selepas sebelum ini pemain itu melengahkan kontrak beliau.

Ada beberapa perkara dikhuatiri akan menjadi faktor penolak kepada perjanjian baru Messi dan Barcelona. Antaranya ialah, dasar cukai di Sepanyol yang seringkali ‘mengganggu’ Messi dan ayahnya.

Ayah Messi yang juga pengurus kepada pemain ini, pernah menyuarakan yang anaknya mungkin akan meninggalkan Sepanyol kerana tak tahan dengan regulasi cukai di Sepanyol yang dianggap mengelirukan.

Messi kemudian dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City selepas pemilik kelab tersebut menyatakan beliau sanggup membayar sebarang harga untuk Messi.

Sebelum ini Barcelona terpaksa melepaskan Neymar ke Barcelona walaupun awalnya mereka yakin nilai €222 juta pada klausa perlepasan Neymar sudah cukup besar dan tidak ada mana-mana pasukan sanggup membayar harga seperti itu.

Real Madrid 3 kali pancing Messi

Laman Football Leaks juga mendedahkan, salah satu kerisauan Barcelona adalah Real Madrid. Kelab itu melakukan 3 percubaan untuk memancing Lionel Messi sejak 2011.

Pada 2013, sebelum kemasukan Gareth Bale, Real Madrid cuba mengaktifkan klausa perlepasan kontrak Lionel Messi.

Florentino Perez dan Pengarah Sukan Real Madrid, Miguel Pardeza dilaporkan bertemu dengan salah seorang rakan baik beliau.

Orang itu ada kepentingan dalam karier Messi iaitu peguam Inigo Juarez yang menjadi penasihat guaman kepada Messi dan ayahnya.

Real Madrid dikatakan mahu mengaktifkan klausa perlepasan €250 juta pada kontrak Lionel Messi. Namun ia gagal direalisasikan apabila Barcelona memberikan amaran kepada Real Madrid untuk menjauhkan diri daripada Lionel Messi.

Kontrak baru Messi

Laman Der Spiegel yang sebelum ini telah banyak membongkar rahsia dalam dunia bola sepak telah mengeluarkan laporan yang dihantar kepada Mediapart.

Kontrak semasa Lionel Messi dikatakan bernilai €400 juta untuk 4 tahun. Dokumen tersebut ditandatangani Lionel Messi dan ayahnya Jorge Horacio.

Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah berjaya mendapat €100 juta setahun untuk 4 tahun berturut-turut.

Secara pecahan, kontrak ini juga menyaksikan pendapatan bersih Lionel Messi selepas cukai adalah €71,053,846.00. Banyak bukan?

Ada beberapa klausa lagi yang dimasukkan untuk membolehkan Lionel Messi mendapat lebih €100 juta sebelum cukai. Ini termasuk 15% tambahan hak imej dalam kontrak beliau.

Bonus ketika tandantangan pula bernilai €64 juta dan bonus €70 juta sekiranya beliau tidak meninggalkan kelab itu sebelum kontrak tamat.

Jadi, nilai semasa kontrak beliau adalah €104,441,346.00 semusim. Ataupun €286,140.00 sehari ataupun €11,922.00 sejam.

Klausa lain

Namun begitu, kontrak Lionel Messi ini diletakkan Barcelona sebagai ‘ultra-secret’. Barcelona juga dikatakan akan membantu Messi dalam membayar penalti dikenakan oleh kerajaan Sepanyol berkaitan dengan kesalahan mengelak cukai.

Seterusnya, Barcelona memasukkan klausa prestasi (performance). Jika Messi beraksi lebih 60% aksi semusim, beliau akan mendapat bonus €1.9 juta.

Jika Baarcelona menjuarai La Liga, beliau akan mendapat tambahan €2.7 juta. Bonus kejuaraan UCL adalah yang paling tinggi iaitu €12 juta jika mereka juara.

Mengambil kira tambahan bonus prestasi, Messi boleh mendapat sehingga €122,512,205 semusim. Angka ini sahaja sudah menyamai budget tahunan kelab ke-4 terkaya di Perancis, Marseille meletakkan budget €120 juta musim ini.

(Photo by Manuel Queimadelos Alonso/Getty Images)

Kira-kira (calculation) ini juga menunjukkan Messi mendapat bayaran 40% daripada parol gaji pemain Barcelona secara keseluruhan.

Oleh sebab itu Barcelona tidak mahu mendedahkan bayaran yang diterima Messi kepada umum kerana takut ia akan mempengaruhi keharmornian di bilik persalinan.

Ada juga kerisauan, gaji Messi ini akan membuatkan pemain lain dan bakal pemain baru mereka meminta gaji yang jauh lebih besar daripada yang sepatutnya.

Secara mudahnya Messi menerima:

1 hari: RM57,760.85

1 jam: RM2,406.70

1 minit: RM40.10

1 saat: RM0.70

Artikel ini mengambil masa purata 3 minit untuk anda membacanya. Jika Messi sedang duduk di rumah dan membaca artikel ini, dia sudah menerima RM120.30. Dan berapa pula pendapatan saya (penulis) dan anda dalam 3 minit ketika ini?

via GIPHY

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN