Kevin Harap Tiada Lagi Isu Gaji Tertunggak Berlaku Musim Ini

Ketua Pegawai Eksekutif Pengkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam berharap Liga Malaysia musim ini tidak lagi terpalit dengan isu tunggakan gaji pemain seperti yang dihadapi beberapa pasukan musim lalu.

Beliau bercakap kepada Berita Harian, pengenalan sistem pelesenan kelab yang dimulakan untuk Liga Super musim ini dijangka mampu mengatasi masalah itu.

“Bagi saya, sememangnya isu ini akan mengambil masa dua atau tiga tahun untuk diselesaikan sepenuhnya. Pelbagai langkah sudah diambil termasuk hukuman berat dan yang terbaru sistem pelesenan kelab.

“Kita boleh lihat bahawa arah tuju itu sudah betul dan kita jangka dalam masa terdekat ini, isu seperti ini (tunggakan gaji) tidak berulang lagi.

“Malah, Pengerusi FMLLP (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) sangat serius dengan isu yang membabitkan tunggakan gaji pemain,” katanya.

Musim lepas, 4 pasukan termasuk Kelantan, T-Team, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdepan hukuman potongan enam mata selepas gagal melengkapkan pendaftaran pasukan untuk menyertai Liga M.

Ia susulan pasukan terbabit berdepan masalah kewangan dan tunggakan gaji sehingga gagal memuat naik Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Gaji, Surat Selesai Bayaran/ Tunggakan KWSP, Surat Bayaran/Tunggakan PERKESO dan Surat Selesai Bayaran/Tunggakan LHDN bagi melengkapkan pendaftaran pasukan.

Selain itu, Kevin turut menjelaskan saingan Liga M musim ini jauh lebih baik berbanding musim lepas.

“Saya boleh katakan musim ini akan menjadi satu musim yang ditunggu-tunggu dan jauh berbeza berbanding sebelum ini, terutama mengenai siaran langsung dan penajaan.

“Namun, kita perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Tunku Ismail sebelum menjelaskan perancangan yang bakal dilakukan,” katanya.

Kevin Ramalingan ketika taklimat bersama pasukan-pasukan Liga M.

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad berpendapat jaminan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memberi sekitar RM3 juta hingga RM4 juta daripada hak penyiaran kepada semua pasukan musim ini dilihat dapat membantu pasukan mengelak daripada berdepan masalah tunggakan gaji.

“Kalau sampai hak penyiaran pun dapat banyak, maknanya tiada sebab lagi pasukan berdepan masalah tunggakan gaji pemain dan pasukan yang mahu menarik diri.

“Apa yang utama, pengurusan itu sendiri perlu sedar yang bola sepak kita sudah lama masuk era profesional dan sepatutnya pegawai dalam semua pasukan juga lebih profesional.

“Benda ini (isu tunggakan gaji) dari zaman separuh profesional lagi, sepatutnya ia sudah menjadi sejarah. Tapi tidak, setiap tahun ada sahaja pasukan yang berdepan masalah ini.

“Ini menunjukkan sesetengah pegawai yang ada masih di takuk lama dan tidak benar-benar profesional,” katanya kepada Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN