Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City kembali meraih kemenangan setelah hanya mencatatkan keputusan seri pada perlawanan yang lalu selepas berjaya menumpaskan Watford 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad.
Raheem Sterling menghasilkan jaringan terpantas musim ini apabila meledakkan jaringan seawal saat ke-39 selepas menerima hantaran lintang dari Leroy Sane.
City terus garang apabila menambah jaringan kedua pada minit ke-13 juga berpunca daripada hantaran lintang yang dilakukan Kevin De Bruyne.
Pertahanan Watford, Christian Kabasele yang cuba untuk menyelamatkan keadaan terpaksa menelan kepahitan apabila usaha yang dilakukannya menerjah ke gawang sendiri untuk perlawanan babak pertama tamat dengan keputusan 2-0 memihak Manchester City.
Skuad bimbingan Pep Guardiola yang kini meninggalkan Manchester United ditempat kedua dengan 15 mata menambah jaringan ketiga menerusi Sergio Aguero.
Berpunca dari satu lagi hantaran lintang dilakukan Kevin De Bruyne yang gagal dikeluarkan dari kawasan berbahaya oleh penjaga gol Watford, Heurelho Gomes sekaligus memberikan peluang buat penyerang antarabangsa Argentina itu menolak mudah untuk jaringan ketiga.
Watford akhirnya berjaya memperoleh jaringan saguhati pada minit ke-82 menerusi Andre Gray.
Kemenangan yang dikecapi Manchester City masih mengekalkan rekod tanpa kalah mereka selepas mengharungi 22 perlawanan liga setakat ini.
https://www.youtube.com/watch?v=f2V_9ROt2Mc