Diari Bola Sepak Antarabangsa Sepanjang Tahun 2018 (Selain Piala Dunia)

Bola sepak, sukan yang digemari majoriti penduduk planet Bumi ini. Tidak kiralah sama ada dari kanak-kanak sehinggalah warga emas. Begitu juga sama ada lelaki atau wanita.

Tahun 2018 bakal menjadi tumpuan kerana Piala Dunia bakal berlangsung di Rusia. Undian secara rasminya sudah dilaksanakan pada Disember tahun lalu.

Berikut merupakan antara kejohanan antarabangsa yang menjadi tumpuan pada tahun 2018! Selain daripada Piala Dunia yang bakal berlangsung pada pertengahan tahun ini.

Piala AFF

10 negara bakal merebut siapakah jaguh di Asia Tenggara!

Ya, kejohanan ini bakal kembali! Namun dengan perubahan format. Format terkini telah ditetapkan bahawa 10 pasukan akan bertanding dan kesemua negara tersebut akan diasingkan kepada dua kumpulan.

Setiap kumpulan akan mempunyai 5 pasukan. Satu pasukan akan bermain 4 perlawanan, 2 di laman sendiri dan 2 di laman pasukan lawan.

Pusingan kelayakan akan diadakan pada September 2018 di antara Brunei dan Timor Leste. Pusingan akhir pula akan diadakan pada 8 November sehingga 15 Disember 2018.

Paling ketara ialah, tidak ada tuan rumah mutlak untuk kejohanan kali ini. Dan juga Australia tidak bertanding!

Piala Asia Bawah-23

Kurang seminggu lagi pasukan remaja negara bakal menghadapi kejohanan ini. Malaysia bakal membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini. Malaysia telah diundi ke dalam Kumpulan C bersama Iraq, Jordan dan juga Arab Saudi.

10 Januari, Malaysia akan dipertemukan dengan Iraq. 3 hari kemudian, pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan menentang Jordan. Kedua-dua perlawanan ini diadakan di Changshu.

Perlawanan terakhir pula menemukan Malaysia dengan Arab Saudi pada 16 Januari. Perlawanan ini sahaja yang dilangsungkan di Kunshan.

Piala Asia Bawah-16

Iraq, juara kejohanan ini pada edisi 2016.

Malaysia telah terpilih sebagai hos bagi Piala Asia Bawah-16. 16 pasukan bakal bertanding dalam kejohanan ini. Kejohanan ini akan diadakan pada 20 September hingga 7 Oktober.

Antara negara yang bakal beraksi ialah, Afghanistan, Australia, India, Indonesia, Iran, Iraq dan Jepun. Selain itu, Jordan, Korea Utara, Korea Selatan, Oman dan Tajikistan juga bertanding.

Thailand, Vietnam dan Yaman melengkapkan bilangan 16 pasukan bertanding serta tuan rumah. Undian akan dijalankan dan masih belum ada lagi mana-mana stadium di negara ini telah terpilih untuk kejohanan ini.

Pasukan yang mara ke separuh akhir bakal layak ke Piala Dunia Bawah-17 pada 2019. Cuma FIFA masih belum mengumumkan negara manakah yang akan menjadi tuan rumah kejohanan itu nanti.

African Nations Championship

Trofi kedua yang bakal direbut pasukan dari Afrika.

Rasanya ia akan menjadi lubuk kepada peninjau bakat pemain bola sepak Afrika. Ya, mungkin akan ada pemain akan direkrut untuk masa akan datang.

Kejohanan kali kelima ini akan dianjurkan di Maghribi sebagai tuan rumah. Asalnya, Kenya menjadi hos tetapi telah ditarik balik hak penganjurannya.

Kejohanan ini disertai oleh 16 negara. Mesir yang asalnya telah layak terpaksa menarik diri disebabkan kepadatan jadual liga domestik. Rwanda telah terpilih bagi menggantikan Mesir.

Harus diingat, kejohanan ini turut dikira dalam ranking FIFA. Malah, hanya pemain yang bermain di liga sendiri sahaja layak mewakili pasukan kebangsaan untuk kejohanan ini.

Kejohanan ini bakal berlangsung pada 13 Januari hingga 4 Februari ini.

UEFA Nations League

Pasti ia meriah, bukan?

24 Januari 2018, sila catatkan pada kalendar anda! Tarikh tersebut bakal menyaksikan undian UEFA Nations League akan diadakan.

Sudah pasti ia akan menimbulkan aura bagi peminat pasukan bola sepak Eropah di serata dunia! UEFA Nations League ini bakal menjadi tumpuan sama ada ia bakal meriah atau sebaliknya.

Tetapi, kejohanan ini akan bermula pada September 2018. Ya, selepas saja tamat Piala Dunia 2018 di Rusia.

Rumusan

Bagi peminat perlawanan kalendar antarabangsa, tahun ini umpama ‘rahmat’ bagi anda semua. Tetapi mungkin tidak kepada yang tidak menggemarinya.

Walau apa pun, ada 3 kejohanan tumpuan untuk pasukan negara kita. Kami di Semuanya Bola mendoakan kejayaan pasukan tanah air kita!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN