Ederson Moraes Gesa Rakan Sepasukan Kembali Cipta Kemenangan

Ederson

Penjaga gol utama Manchester City, Ederson Moraes mahu rakan sepasukannya melupakan aksi ketika bertemu Crystal Palace yang menyaksikan mereka hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan di Selhurst Park hujung minggu lalu.

Dengan keputusan seri tersebut mengakibatkan rentetan 18 kemenangan Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris terhenti.

Perlawanan tersebut juga hanya merupakan perlawanan kedua buat City melepaskan mata setelah terikat 1-1 ketika bertemu Everton pada awal musim.

Keadaan mungkin menjadi lebih parah apabila Crystal Palace dihadiahkan sepakan penalti pada penghujung perlawanan setelah Raheem Sterling menjatuhkan Winfried Zaha. Mujur Ederson bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti yang diambil Luka Milivojevic.

Ederson
LONDON, ENGLAND – DECEMBER 31: Luka Milivojevic of Crystal Palace has is penalty by Ederson of Manchester City during the Premier League match between Crystal Palace and Manchester City at Selhurst Park on December 31, 2017 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

”Pandang kehadapan, mari terus bekerja dan memikirkan mengenai perlawanan akan datang (menentang Watford). Kami menikmati musim yang menakjubkan dan kami tidak boleh merungut.”

”Kami akan cuba untuk bertindak balas dengan keputusan lalu dan memenangi perlawanan akan datang. Kami perlu menumpukan perhatian dan fokus bagi sepanjang musim.”

Ederson juga sempat mengulas mengenai detik sepakan penalti yang berjaya dihalang oleh beliau.

”Saya hanya memikirkan untuk bertahan dan menyelamatkan bola tersebut dari gol,” kata Ederson mengenai penalti tersebut. ”Ia merupakan saat yang sukar pada penghujung permianan, 0-0. Saya tahu betapa penting keadaan itu.”

”Jelas sekali saya gembira untuk menyelamatkan sepakan penalti itu dan mencipta serangan balas pantas. Sayangnya kami gagal menghasilkan jaringan.”

Dalam pada itu, Ederson turut memuji tentangan hebat yang diberikan Crystal Palace namun beliau merasakan Manchester City masih merupakan pasukan yang lebih baik.

”Dalam keadaan ini, ianya cukup baik untuk memperolehi satu mata tetapi secara keseluruhan perlawanan bukanlah satu perkara yang baik. Saya rasa kami layak untuk memenangi perlawanan ini.”

”Sungguh jelas kami menghadapi sebuah pasukan yang cukup baik, mereka bertahan dengan sangat baik tetapi keseluruhannya saya rasakan kami layak untuk menang,” ujar Ederson lagi.

Manchester City akan bertemu Watford di Stadium Etihad pada jam 4.00 pagi esok dalam usaha untuk kembali mencipta kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN