Kenali Jenis Pengurus Dalam Permainan Simulasi Football Manager (Bahagian 2)

Football Manager

Semuanya BOLA telah menyentuh mengenai beberapa jenis pengurus dalam permainan simulasi Football Manager.

Bagi yang masih belum membaca tulisan tersebut,anda boleh membaca artikel bahagian pertama disini.

Kali ini kami ingin menyenaraikan 4 lagi jenis pengurus Football Manager yang mungkin mempunyai persamaan dengan cara permainan yang diterapkan oleh anda terhadap permainan simulasi yang begitu ‘berhantu’ ini.

Mari kita lihat beberapa jenis pengurus yang boleh dikaitkan dengan permainan ini :

1) Membangunkan bakat muda sehingga menjadi pemain yang hebat

Terdapat pengurus yang mengendalikan sebuah pasukan dengan menggalas tanggungjawab kepada pemain muda.

Cara ini memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa yang sedikit lama kerana anda perlu mengawasi perkembangan para pemain.

Untuk melihat pemain muda ini menjadi salah pemain yang hebat, pertamanya seperti kebiasaan anda perlu memberikan lebih minit permainan buat mereka.

Pengurus yang sudah biasa dengan pemain nama besar, mereka boleh menghantar pemain muda untuk dipinjamkan ke pasukan lain.

Namun perlu dilihat pasukan mana yang memberikan jaminan buat pemain muda yang akan dipinjamkan itu mendapat peluang beraksi dengan lebih kerap.

2) Pengurus yang gemar bercuti (Go on holiday)

Pengurus seperti ini kebiasaannya tidak mahu memeningkan kepala untuk mengendalikan perlawanan melibatkan pasukannya.

Faktor sering mengalami kekalahan juga menjadi faktor kepada perkara langkah tersebut disamping ingin menjimatkan masa permainan.

Namun harus diingat, sekiranya sewaktu anda bercuti dan pasukan anda mencatatkan kemenangan demi kemenangan sehingga melayakkan untuk menjadi ‘Pengurus Terbaik Bulanan’.

Peluang anda untuk memenangi ‘Anugerah Pengurus Terbaik Bulanan’ akan tertutup kerana pembantu anda yang akan menerima anugerah tersebut dan bukannya milik anda.

3) Pengurus yang menjadikan Football Manager Real Time Editor (FMRTE) sebagai teman sejati

Cara paling mudah untuk anda meraih kemasyhuran ketika bermain permainan ini.  Satu ‘jalan pintas ‘dimana anda mampu untuk melakukan segalanya.

Sehingga anda mampu untuk menjadikan Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan David De Gea beraksi di Liga Super Malaysia mahupun di Liga Thailand. Banyak lagi fungsi yang boleh digunakan dengan FMRTE ini.

Mungkin ramai yang menggunakannya dan ada juga yang buat tidak pandang kepada FMRTE ini.

4) Pengurus yang mahukan cabaran berlainan.

Pengurus jenis ini tidak kekal lama dalam satu-satu pasukan. Selepas mengecapi beberapa kejayaan atau pengalaman bersama kelab diwakili.

Mereka akan mencari haluan baru dengan meletakkan jawatan dan memohon jawatan di kelab lain.

Boleh digelar sebagai ‘journeyman’ dalam usaha untuk menyahut cabaran di kelab baru yang mahukan khidmat mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN