Pakar bola sepak Sepanyol yang juga merupakan seorang kolumnis, Guillem Balague memberitahu bahawa kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid mahu mendapatkan khidmat penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois.
Pihak Real Madrid juga mendapati bahawa Courtois, yang mempunyai dua orang anak yang berada di Madrid turut sanggup untuk berpindah ke Bernabeu dan Real Madrid perlu memikirkan untuk menggantikan dua penjaga gol mereka sebelum musim hadapan.
Chelsea telah menyediakan ‘Plan A dan Plan B’ buat penjaga gol berusia 25 tahun itu. Chelsea juga kelihatan bersedia untuk melancarkan plan B yang menyaksikan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu bersedia untuk menawarkan Courtois kontrak baru yang membuatkan beliau akan menjadi penjaga gol yang menerima gaji tertinggi di dunia.”
Sejak kebelakangan ini, ejen beliau telah duduk bagi membincangkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam percubaan untuk melengkapkan perjanjian tersebut, namun masih tiada perkembangan yang signifikan dilakukan.
Chelsea sedar bahawa perbincangan mengenai kontrak baru ini akan menemui jalan yang sukar kerana bekas teman wanita Courtois kini tinggal di Madrid bersama dua anaknya dan bekas penjaga gol Atletico Madrid itu telah lama membayangkan keinginan untuk kembali ke bandar yang dianggapnya menjadi rumahnya.
Courtois kini menerima sekitar £100,000 seminggu dan kontrak tersebut akan berakhir 18 bulan sahaja lagi. Pada bulan Mei lalu penjaga gol antarabangsa Belgium itu telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang tidak memenuhi permintaan yang diinginkannya.
Thibaut Courtois kini bersama-sama David De Gea mencatatkan 10 perlawanan tanpa dibolosi dalam Liga Perdana Inggeris selepas tamat 20 perlawanan. Penjaga gol Manchester City dan Arsenal, Ederson Moraes dan Petr Cech pula kebal dalam 9 perlawanan.