Mohamed Salah Sumbangkan €30,000 Kepada Persatuan Pemain Veteran Mesir

Mohamed Salah

Bukan sahaja sikap pemaaf dan kegigihan seperti yang dinyatakan pada artikel terdahulu dapat digambarkan mengenai pemain Liverpool, Mohamed Salah. Beliau juga merupakan seorang pemain yang benar-benar pemurah.

Jika sebelum ini kedengaran bahawa Salah gemar memberikan hadiah kepada kanak-kanak di kampung halamannya dan bersedekah ketika bulan Ramadan, Salah dilaporkan telah memberikan sumbangan kepada Persatuan Pemain Veteran Mesir.

Penyampai radio yang juga merupakan bekas bintang kelab Zamalek, Khaled EL-Ghandour mendedahkan bahawa pemain sayap antarabangsa Mesir itu telah menyumbang sejumlah wang bernilai €30,000 kepada persatuan tersebut.

Menurut El-Ghandour, penjaring 15 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu juga menyasarkan untuk membantu 120 keluarga yang akan menerima upah bulanan sebanyak EGP 400 (Egyptian Pound) dari persatuan.

Ianya menjelma kurang sebulan selepas Mohamed Salah memenangi gelaran Pemain Terbaik Bulanan PFA selepas beliau mengenepikan cabaran dari Kevin De Bruyne, Eden Hazard, Ashley Young, Richarlison dan Xherdan Shaqiri.

Beliau kemudiannya dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Afrika BBC pada awal Disember selepas mengatasi saingan daripada Sadio Mane, Pierre-Emerick Aubameyang, Victor Moses dan Naby Keita.

Di samping prestasi di tahap terbaik yang dipersembahkan ketika ini, sikap pemurah Mohamed Salah sering mendapat reaksi positif banyak pihak.

Gabenor Gharbiya telah memberikan penghormatan buat Salah apabila menukar nama bekas sekolah bintang Mesir itu di Basioun dengan nama ‘Mohammad Salah Industrial High School’.

Sebelum ini Salah pernah menolak ganjaran berupa sebuah Villa yang diberikan kepadanya atas kejayaan membantu Mesir melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Salah meminta supaya ganjaran tersebut disalurkan ke Kampung Nagrig yang berada di Wilayah Gharbiya dan menyatakan bahawa itu lebih membuatkan beliau gembira.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN