Syamim Yahya Akui Tidak Menyesal Pilih Felda United

Pemain tengah, Ahmad Syamim Yahya tidak pernah menyesal dengan keputusannya meninggalkan Pahang dan menyertai Felda United untuk saingan Liga Malaysia, musim hadapan.

“Tahun pertama saya bersama Felda United adalah ketika kami beraksi di Liga Premier dan untuk kali ini, sudah pasti saya tidak rasakan ia satu ‘masalah’ buat saya.

“Jadi, saya akan cuba mengembalikan Felda United ke Liga Super,” ujar Syamim yang kini berusia 27 tahun itu kepada Berita Harian.

Syamim Yahya ketika bersama Felda United. Foto: Mohd Saufee / CSNSportsTalk

Untuk rekod, Syamim pernah beraksi bersama Felda United sepanjang tiga musim iaitu dari 2014 hingga 2016, dan pada musim 2014, Felda United bersaing di Liga Premier.

Pada musim tersebut, Felda berjaya meraih slot untuk ke Liga Super bersama-sama PDRM apabila menduduki tangga kedua Liga Premier.

Apabila ditanya pandangannya mengenai saingan di Liga Premier musim hadapan, Syamim menyatakan ia pasti menjanjikan persaingan kompetitif.

“Begitu juga dengan pemain lain, walaupun mereka tahu akan beraksi di Liga Premier, mereka kekal dengan sikap profesional dan mahu membantu pasukan.

“Pengurusan cukup memahami pemain. Mereka ada beritahu pemain yang kami perlu tunjukkan yang kami sepatutnya layak ke Liga Super,” tambahnya lagi.

Selain itu, Syamim menjelaskan dia juga tidak kekok untuk bersama Felda United dan harus segera menyesuaikan diri bersama-sama pemain dan juga ketua jurulatih, B. Sathianathan.

B. Sathianathan. Gambar: Zam Zainal/Asiana

“Ini adalah kali pertama saya berlatih dibawah Sathianathan tetapi saya tahu dan faham cara kerja beliau. Apa pun, tidak ada beza yang ketara sebab saya sudah biasa dengan keadaan sekeliling dalam pasukan ini.

“Pemain ‘lama’ pun masih ada. Cuma sekarang saya perlu sesuaikan diri dengan pemain, kakitangan pasukan dan juga jurulatih baharu,” katanya lagi.

Pemenang Anugerah Jurulatih Terbaik, Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 (ABK2017), Sathianathan juga mahukan Felda untuk segera kembali ke Liga Super 2019.

Sathianathan menyatakan bahawa Felda United turun pangkat ke Liga Premier atas sebab teknikal dan bukanlah disebabkan persembahan buruk pada musim lalu.

“Para pemain harus ingat bahawa walaupun Felda United bermain di Liga Premier, kualiti mereka adalah kualiti pemain-pemain di Liga Super.

“Jadi, mereka harus kekalkan semangat Liga Super dan beraksi seakan-akan di liga utama, walaupun sebenarnya ianya adalah Liga Premier,” tambahnya lagi kepada New Straits Times.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN