Liverpool Menang Besar Tetapi Klopp Tidak Berpuas Hati

Skuad Liverpool berpesta gol apabila mencatat kemenangan 5-0 ke atas Swansea City dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam. Phillipe Coutinho, Roberto Firmino, Alexander-Arnold dan Alex Oxlade-Chamberlain masing-masing meledak gol dengan Firmino mencetak dua gol yang dikuasai tuan rumah sejak awal permainan.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool terus bersaing hebat dalam perebutan tiket ke Liga Juara-Juara dengan menduduki tangga keempat liga, lima mata di belakang Manchester United di tempat kedua.

Bagaimanapun, di sebalik kemenangan besar itu, ada individu mengakui tidak gembira dengan aksi pemainnya apabila beraksi secara individu berbanding falsafah bola sepaknya yang menekankan permainan secara berpasukan.

Aksi ‘tamak’ dan individu pemain Liverpool tidak disenangi oleh pengurus pasukan, Jurgen Klopp biarpun skuad kendaliannya meraih kemenangan besar.

“Ia langsung tidak menarik perhatian saya. Jika mereka beraksi secara berpasukan, saya percaya kami mampu menghasilkan lebih banyak gol lagi hari ini.

“Saya tidak ada masalah dengan keputusan 5-0 ini, tetapi agak mengecewakan apabila pemain tamak dan bertindak bersendirian,” katanya.

Pemain perancang Liverpool, Philippe Coutinho membuktikan dirinya cukup berharga buat skuad the Reds apabila memberikan aksi individu menakjubkan.

Pada aksi itu, bekas pengurus Borussia Dortmund itu melakukan empat pertukaran berbanding kesebelasan utama ketika seri 3-3 menentang Arsenal.

Anak buah Klopp memulakan pesta jaringan menerusi rembatan menarik Coutinho dari luar kotak penalti seawal minit keenam.

Philippe Coutinho membuktikan dirinya cukup berharga buat skuad the Reds apabila memberikan aksi individu menakjubkan. Pemain antarabangsa Brazil itu menjaringkan gol ke-12 musim ini menerusi rembatan lencong sebelum mencipta gerakan untuk rakan senegara, Roberto Firmino mencetak nama selalu penjaring.

Coutinho yang terus hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona berada di kemuncak prestasi ketika ini dengan menghasilkan tujuh gol sepanjang Disember.

Swansea yang sekarang ini bergelut di zon penyingkiran terus ketinggalan sebaik babak kedua bersambung dengan Firmino meledak gol menerusi sepakan voli cantik di minit ke-52 sebelum Alexander-Arnold menambah gol ketiga di minit ke-65.

Seminit kemudian, Firmino menolak masuk bola hantaran Salah dalam kotak penalti dan Oxlade-Chamberlain melengkapkan kemenangan bergaya skuad The Reds selepas memanfaatkan kelekaan pertahanan Swansea sebelum merembat bola menerjah ke gawang minit ke-82.

“Anda boleh lihat betapa gembiranya penyokong kami di atas kemenangan besar ini. Saya hargai apa yang sudah dilakukan pemain dan saya yakin kami akan bertambah baik dalam aksi berikutnya,” katanya.

Klopp turut mendedahkan bahawa khidmat ketua pasukan, Jordan Henderson dan pertahanan kiri, Alberto Moreno terpaksa diketepikan bagi dua aksi menentang Leicester City dan Burnley selepas kedua-duanya disahkan mengalami kecederaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN