Baddrol Belum Terfikir Untuk Ganti Keon Sebagai Kapten Baharu Kedah

Pemain tengah skuad kebangsaan, Baddrol Bakhtiar masih belum memikirkan tentang cadangan rakannya, Khairul Helmi Johari (Keon) untuk mengantikan beliau sebagai ketua pasukan Kedah pada musim 2018.

Bercakap kepada Sinar Harian, beliau memerlukan masa untuk memikirkan perkara tersebut walaupun beliau antara pemain paling senior dalam skuad Hijau Kuning setakat ini berbanding pemain lain.

“Saya perlu fikir dulu cadangan berkenaan selain mengambil kira pendapat pihak-pihak yang berkaitan. Mungkin selepas seminggu akan datang akan ada jawapannya,” katanya.

Baddrol yang mendapat anugerah pemain tengah terbaik dan penjaring terbanyak tempatan Liga Super 2017 ini pernah mengalas tugas tersebut pada musim 2013.

Malah pada tahun-tahun berikutnya beliau masih muncul antara pemain yang ditugaskan menerima lilitan ketua pasukan sekiranya Khairul Helmi tidak diturunkan akibat kecederaan ataupun digantung.

Sebelum ini, Khairul Helmi yang mengalas tugas tersebut sejak 2014 mahu menyerahkan tanggungjawab berkenaan pada pemain lain bagi musim 2018 dan percaya Baddrol antara pemain paling sesuai untuk mengalas tugas itu.

Baddrol bersama isterinya ketika Anugerah Bolasepak Kebangsaan pada hari Jumaat.

Kejayaan memenangi tiga trofi pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017) membakar semangat Baddrol Bakhtiar untuk memburu lebih banyak trofi bersama skuad Lang Merah pada saingan musim depan

Anak jati Sungai Petani itu menjelaskan beliau tidak menyangka dapat meraih anugerah Pemain Paling Bernilai, Penjaring Terbanyak (Tempatan) Liga Super selain Pemain Tengah Terbaik pada ABK 2017 kerana mengakui terdapat calon lain yang turut layak untuk menerima anugerah berkenaan.

“Pencapaian pada malam ini adalah hasil kerjasama rakan sepasukan serta penyokong di tanah air serta di Kedah yang sentiasa memberi sokongan padu kepada saya untuk membuatkan kami beraksi lebih cemerlang.

“Saya sebenarnya tidak menyangka dapat meraih tiga anugerah ini dan saya amat bersyukur kepada ALLAH S.W.T di atas anugerah ini dan saya akui memang amat idamkan anugerah Pemain Paling Bernilai,” katanya ketika ditemui pemberita.

“Saya menyerahkan kepada rakan sepasukan untuk memilih kapten pasukan Kedah yang baharu namun saya mengharapkan Khairul Helmi dapat memakai lilitan kapten untuk satu musim lagi kerana kami masih percaya dengan kemampuan beliau untuk memimpin pasukan Kedah,” jelasnya.

Berkongsi pandangan sama ialah pemain import Kedah, Liridon Krasniqi yang mahu melakar lebih banyak kejayaan bersama-sama pasukan Lang Merah selepas memenangi Anugerah Pemain Import Terbaik serta Anugerah Pemain Paling Popular untuk dua tahun berturut-turut.

“Saya amat gembira atas kejayaan memenangi dua anugerah yang turut menaikkan keyakinan saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong Kedah yang sentiasa bersama-sama pasukan dalam apa juga keadaan sama ada gembira atau duka,” kata pemain tengah dan penyerang kelahiran Kosovo itu.

Lebih manis lagi, Kedah yang muncul juara Piala FA musim ini turut memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik menerusi Ifwat Akmal Chek Kassim, Anugerah Kelab Penyokong Terbaik dan juga Pasukan Bola Sepak Terbaik. – Bernama

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN