Remezey Che Ros: Saya Sedia Galas Tugas Sebagai Benteng Terakhir Pahang

Penjaga gawang pasukan Pahang, Mohd Remezey Che Ros sedia menggalas tugas sebagai benteng terakhir pasukan dan akan berusaha bersungguh-sungguh bagi merebut posisi yang ditinggalkan Wan Azraie Wan Teh.

Foto: Media PBNP

Namun demikian, beliau terlebih dahulu perlu menyaingi seorang lagi penjaga gol berpengalaman, Helmi Heliza yang telah bersama pasukan sejak musim lalu.

Remezey Che Ros yang dihubungi baru-baru ini nyata bersemangat untuk kembali bersama pasukan Pahang dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu pasukannya dalam mencapai sasaran musim 2018.

“Saya sememangnya mengimpikan kejayaan bersama Pahang, kerana pasukan ini adalah tempat bermulanya perjalanan saya sebagai penjaga gol sejak menyertai kejohanan peringkat remaja dan banyak sumbangan yang telah diberikan dalam membantu membangunkan perjalanan karier bola sepak saya”, ujarnya ketika diajukan soalan mengenai faktor kembalinya bersama pasukan Pahang.

Pemain kelahiran Ipoh, Perak ini memulakan karier bola sepak bersama skuad Piala Presiden Pahang pada tahun 2001 sehingga 2002. Selepas itu, beliau mula mengorak langkah dengan memilih pasukan PDRM yang ketika itu beraksi di saingan Liga Perdana.

Pengalaman beraksi di peringkat Liga Super akhirnya tercapai selepas bersama Pahang pada tahun 2006-2007 dan 2009. Namun, beliau memilih untuk berkelana di Lembah Klang dari tahun 2010 sehingga 2017 dengan memilih pasukan Kuala Lumpur dan PKNS FC kecuali musim 2015 bersama Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Remezey Che Ros optimis skuad Tok Gajah akan memberi saingan yang sengit dalam cabaran musim baharu nanti dan berharap akan melebihi pencapaian musim lalu.

“Saya mengharapkan kejayaan dan penciptaan detik lebih manis bersama Pahang dengan harapan membawa pulang sekurang-kurangya satu piala pada musim 2018. Saya lihat pemain yang ada ketika ini adalah seimbang dengan adunan pemain muda dan berpengalaman, serta beberapa kemajuan yang dapat dinilai dari semasa ke semasa, ia mampu membawa kejayaan kepada pasukan nanti”, tambahnya lagi.

“Tinggal beberapa bulan sebelum bermula saingan Liga Malaysia, saya akan gunakan masa yang ada untuk memberi yang terbaik dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama dan selebihnya saya serahkan kepada kem kejurulatihan untuk menilai dan memilih nanti.

Selain 2 penjaga gol yang dianggap dominan dalam pasukan, seorang lagi penjaga gol simpanan atau pilihan ketiga iaitu Wafieyuddin Samsudin turut dilaporkan bersama pasukan Pahang.

Foto: Tokgajah.com

Beliau yang sebelum ini bersama pasukan Shahzan Muda FC dilihat telah menjalani latihan bersama Pahang.

Manakala penjaga gol ketiga Pahang musim lalu iaitu Saufi Mohammad dilihat mula menyertai kem latihan pasukan Shahzan Muda FC sejak minggu lepas memungkinkan beliau akan bersama pasukan ini dalam saingan Liga FAM musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN