Chile mara ke separuh akhir Copa America 2015 selepas menewaskan Uruguay 1-0 semalam. Gol lewat jaringan Mauricio Isla menghantar pulang juara bertahan Uruguay dalam perlawanan yang penuh insiden kontroversi.
Dalam perlawanan semalam, Edinson Cavani terlibat dalam insiden tarik-menarik dengan Gonzalo Jara. Insiden tersebut membuatkan Cavani menerima kad kuning kedua dan dibuang padang.
Namun ulang tayang menunjukkan Jara yang memulakan insiden tarik-menarik itu.
Belum cukup insiden di atas padang, muncul pula Luis Suarez yang membuat kecoh di luar padang – atau lebih tepat, di laman Twitter.
Suarez yang diketepikan untuk aksi Copa America 2015 kerana digantung 9 perlawanan antarabangsa tampil mempertahankan rakan sepasukannya susulan kekalahan Uruguay.
Skuad Uruguay menerima kritikan teruk dari penyokong dan media Chile selepas perlawanan yang menyaksikan Edinson Cavani dan Jorge Fucile juga dibuang padang. Suarez tampil di Twitter untuk mempertahankan rakan sepasukannya.
Tweet pertama Suarez berbunyi:
(1/4) Hello semua. Pertama sekali saya mahu berterima kasih kepada rakan sepasukan (Uruguay) yang sentiasa berkorban…
(2/4) …untuk jersi Uruguay. Saya tak mampu nak kata apa-apa kepada anda. Terima kasih kerana membuatkan Uruguay bangga!!!
Dua tweet pertama Suarez kedengaran normal. Namun tweet Suarez seterusnya menjadi bertambah pelik.
(3/4) Kepada anda yang mengatakan Urugay bermain buruk, kasar, membantah pengadil dan sebagainya, ingatlah Uruguay sudah memenangi 15 Copa America.
Dan Suarez melengkapkan tweetnya dengan bersikap seperti budak-budak.
(4/4) Jadi kepada anda yang mengutuk Uruguay, tengok dahulu berapa banyak Copa America yang pasukan kebangsaan anda menang. Ayuh Uruguay!
Suarez mungkin pemain yang hebat di padang, tetapi di Twitter beliau kedengaran seperti keyboard warrior yang tidak matang.
Baca juga: Penyokong Chelsea Rayu Mourinho Tidak Menandatangani Falcao
Sumber: Getty Images, Twitter
LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter