Tumbuk Penjaga Gol: Austin Digantung 3 Perlawanan

Persatuan Bolasepak England (FA England) mengumumkan penyerang Southampton, Charlie Austin dihukum gantung tiga perlawanan selepas menumbuk muka penjaga gol Huddersfield, Jonas Lossl.

Muka Lossl dilihat berlumuran darah dan mungkin mengalami patah tulang hidung selepas insiden di St Mary, Sabtu lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Austin tidak dilayangkan sebarang kad ketika insiden itu, tetapi FA England menjatuhkan hukuman gantung selepas pemain itu didapati bersalah di atas tindakan berkenaan.

p
Penjaga Go Huddersfield, Jonas Lossl berlumur darah ketika insiden ditumbuk oleh Austin. Foto: REUTERS

Austin meledak gol pembukaan Southampton pada pertengahan separuh masa pertama ketika bertemu Huddersfield tetapi terpaksa di keluarkan kerana mengalami kecederaan hamstring pada separuh masa kedua.

“Charlie Austin akan dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan selepas didapati bersalah melakukan kekasaran.

Dia menerima hukuman itu tetapi menyatakan ia agak berat. Alasannya itu ditolak oleh Suruhanjaya Peraturan Bebas,” kata FA England.

“Penyerang itu terbabit dengan insiden yang tidak dapat disaksikan oleh pengadil tetapi dapat dilihat menerusi ulang tayang video ketika bertemu Huddersfield Town, Sabtu lalu,” kata FA lagi.

Pemain yang berusia 28 tahun itu akan terlepas tiga perlawanan selepas ini, iaitu di tempat lawan bertemu Tottenham dan Manchester United serta ketika menyambut kunjungan Crystal Palace, pada 2 Januari.

Pengurus Huddersfield, David Wagner menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas penyerang Southampton tu memang wajar berdasarkan pemerhatiannya melalui rakaman video.

“Selepas menyaksikan rakaman video, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Seorang pemain lawan sengaja mencederakan pemain kami.

“Saya tidak suka katakan ini tetapi Austin memang patut dihukum kerana tindakannya. Beliau jelas membuat keputusan yang salah ketika bola berada pada situasi 50-50,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN