5 Pemain Dari Asia Tenggara Yang Beraksi Dalam Liga Jepun Musim 2017

Tidak dinafikan Liga Jepun (J.League) merupakan Liga yang terbaik di Asia dan menjadi destinasi terbaik untuk pemain dari seluruh dunia mengembangkan karier bola sepak mereka.

J.League kini membuka peluang untuk pemain-pemain dari negara Asia Tenggara dan seangkatannya untuk bermain dengan beberapa kelab dalam saingan liga utama negara itu bagi mengisi salah satu kuota pemain import pasukan itu.

Polisi di Jepun membenarkan kelab di J.League untuk mengambil pemain dari negara Asean yang dianggap sebagai ‘rakan kongsi’ tanpa sebarang had.

Berikut ialah 5 pemain dari Asia Tenggara yang berjaya mendapat tempat untuk beraksi dalam saingan Liga Jepun dari divisyen 1 hingga divisyen 3 pada musim 2017.

1. Chanathip Songkrasin (Thailand)

Pemain sayap skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin yang beraksi untuk kelab Hokkaido Consadole Sapporo dalam saingan J1 League (divisyen 1), sudah berjaya membuka mata Jepun bahawa kehadiran beliau bukan sekadar alat pemasaran.

Sejak melakukan penampilan pertama dalam J1 League pada 29 Julai 2017 ketika bertemu juara AFC Champions League 2017, Urawa Reds, Chanathip Songkrasin telah tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan Hokkaido Consadole Sapporo sebanyak 14 kali daripada 15 perlawanan.

Dari 14 kali sebagai kesebelasan utama, hanya 2 kali dikeluarkan ketika bertemu Urawa Reds (minit 63), Vegalta Sendai (minit 89) dan FC Tokyo (minit 75).

Hanya sekali tersenarai sebagai pemain simpanan dan dimasukkan pada minit 14 ketika menentang Kashiwa Reysol.

Secara keseluruhannya, Chanathip Songkrasin telah melakukan 15 penampilan dalam J1 League 2017 dengan 1,231 minit masa bermain. Jumlah ini adalah 91.2% dari masa penuh untuk 15 perlawanan.

Selain itu, berdasarkan penampilannya sebanyak 14 kali sebagai kesebelasan utama, Chanathip Songkrasin membuktikan bahawa beliau menjadi pilihan ketua jurulatih, Shuhei Yomoda – 93.33% dipilih sebagai ‘starting line up’.

Dengan prestasinya yang semakin hari menjadi buah mulut orang Jepun terutamanya penyokong Hokkaido Consadole Sapporo, ia jelas ‘jawapan’ kepada persoalan keraguan mereka apabila tiba di Sapporo.

Kini mereka sudah menganggap Chanathip Songkrasin sebagai seorang ‘key’ player mereka, dan bukan lagi sekadar penumpang dalam pasukan untuk dijadikan alat pemasaran kelab di Asia Tenggara.

2. Jefferson Tabinas (Filipina)

Pemain muda yang berusia 19 tahun ini merupakan pemain daripada kelab juara J1 League, Kawasaki Frontale.

Jefferson David Tabinas merupakan pemain yang memiliki passport Filipina tetapi dilahirkan di Shinjuku, Tokyo.

Beliau merupakan pemain yang berdarah kacukan Ghana dari sebelah bapa dan Filipina dari sebelah ibu. Mereka sekeluarga menetap di Jepun.

Sejak tahun 2014 hingga 2016, beliau bermain tuk pasukan Toko Gakuen High School lalu dipilih untuk menyertai Kawasaki Frontale pada musim 2017.

Walaupun memiliki passport Filipina, beliau juga sedang dalam permohonan untuk memiliki passport Jepun.

Hal ini kerana beliau mahu mewakili skuad kebangsaan Jepun Bawah 23 Tahun beraksi dalam sukan Olimpik 2020 memandangkan beliau belum pernah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsan Filipina.

3. Jakkit Wachpirom (Thailand)

Jakkit Wachpirom merupakan pemain yang dipinjamkan ke FC Tokyo U23 selepas kerjasama diantara Bangkok United FC dan FC Tokyo dimeterai pada pertengahan tahun ini.

Sehingga tamat 34 perlawanan J3 League (Divisyen 3), Jakkit Wachpirom telah berjaya membuat 11 penampilan liga dengan 8 kali tersenarai sebagai kesebelasan utama pasukan FC Tokyo U23.

Debut Jakkit Wachpirom bersama FC Tokyo U23 adalah ketika pasukan FC Tokyo U23 berkunjung ke Ashitaka Stadium bertemu dengan Azul Claro Numazu FC.

Secara keseluruhnya, Jakkit Wachpirom telah beraksi dalam 11 perlawanan liga J3 League merekodkan 695 minit masa bermain dan menjaringkan 1 gol, menamatkan musim J3 League ditempat ke 11 liga.

Selepas tamat perlawanan ke 34, J3 League, bermakna tamatlah kontrak pinjaman separuh musim Jakkit Wachpirom bersama FC Tokyo U23.

Beliau akan pulang ke Thailand terlebih dahulu untuk menyertai skuad U23 Thailand melakukan persiapan sambil menanti apakah kontrak beliau bersama FC Tokyo U23 akan dilanjutkan atau tidak.

Rakan sepasukan kepada ‘wonderkid’ Jepun, Takefusa Kubo itu juga memberitahu beliau akan kembali menyertai skuad Bangkok United jika tidak berjaya mendapatkan kontrak baharu bersama FC Tokyo U23 untuk musim 2018.

4. Chan Vathanaka (Kemboja)

Beliau yang pernah dilabel sebagai ‘Wonderkid’ dalam kalangan media di Kemboja merupakan antara prospek yang bakal menyinar landskap bola sepak Kemboja.

Mula menyertai pasukan divisyen satu liga Kemboja, Boeung Ket Angkor sejak 2012, beliau mula mendapat perhatian pemerhati bola sepak di ASEAN selepas berjaya menyumbang 2 gol ketika bertemu Malaysia dalam kejohanan Piala AFF 2016.

Reputasi yang baik ketika bersama pasukan Kemboja telah menarik perhatian pasukan Fujieda MYFC yang beraksi di liga J3 (divisyen 3) Jepun.

Beliau dilamar secara pinjaman oleh pasukan ini sejak awal tahun ini dan turut diberi peluang beraksi dalam beberapa perlawanan. Meskipun kurang beraksi, beliau menyifatkan pengalaman berada bersama pasukan di Jepun adalah satu pendedahan yang terbaik dalam kariernya.

Memetik kata-katanya dari Khmer Times, “Jepun adalah negara yang membangun dalam permainan bola sepaknya dan sekiranya anda ingin menjadi seorang pemain yang baik, anda perlu belajar dari pemain yang terbaik (liga Jepun)”.

Baru-baru ini, Sinar Harian ada melaporkan bahawa Vathanaka ada dikaitkan dengan pasukan Terengganu. Namun, pasukan kendalian Irfan Bakti ini terpaksa melupakannya selepas tidak mahu bersaing dengan beberapa pasukan dari Liga Malaysia yang lain.

Beberapa hari kemudian, Chan Vathanaka menggumumkan telah menandatangani kontrak dengan naib juara liga super 2017, Pahang FA selama setahun.

5. Sittichok Paso (Thailand)

Sittichok Paso merupakan penyerang skuad Bawah 19 Tahun Thailand yang beraksi dengan kelab J3 League, Kagoshima United.

Pemain yang berusia 18 tahun ini memiliki masa depan yang cerah kerana mempunyai peluang untuk diserapkan ke dalam pasukan utama kelab itu.

Sama juga seperti pemain Thailand yang lain, Paso juga merupakan pemain berstatus pinjaman dari kelab Liga Perdana Thailand, Chonburi FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN