Dengan 36 Gol Dalam 34 Perlawanan Pada 2017, Harry Kane Berpeluang Pecah Rekod Alan Shearer Esok

Dengan hatrik yang dijaringkan beliau ketika kemenangan 3-0 menentang Burnley kelmarin, Harry Kane kini berpeluang untuk memecahkan rekod gol Premier League paling banyak dalam masa setahun.

Setakat ini Kane sudah mengumpul 36 gol Premier League dalam 34 perlawanan sepanjang 2017. Rekod ini menyamai rekod hebat Alan Shearer ketika bermain di Blackburn Rovers pada 1995 – menjaringkan 36 gol dalam 42 perlawanan.

Sudahlah Kane berjaya menyamai rekod Shearer ini dengan kurang 8 perlawanan, beliau turut berpeluang untuk memecahkan rekod Shearer jika berjaya menjaringkan gol menentang Southampton esok.

Malah jika rekod ini tidak berjaya dipecahkan pun, Kane sudah memahat namanya sebagai salah seorang penyerang terbaik dalam sejarah Premier League – sebaris dengan nama-nama seperti Robin van Persie, Thierry Henry, Les Ferdinand dan Ruud van Nistelrooy.

Sumber: Premier League

Jika mengikut kalendar musim Premier League 2017/2018 pula, Kane kini telah menjaringkan 15 gol – sama dengan penyerang sayap Liverpool, Mohammed Salah.

Sumber: Premier League

Dan jika Kane berjaya menamatkan musim ini dengan anugerah kasut emas lagi, beliau akan menyamai rekod Alan Shearer dan Thierry Henry yang pernah memenangi anugerah kasut emas Premier League sebanyak 3 kali berturut-turut.

Alan Shearer memenangi anugerah kasut emas pada musim 1994/1995, 1995/1996 dan 1996/1997. Manakala Thierry Henry melakukannya pada musim 2003/2004, 2004/2005 dan 2005/2006.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN