Neville: ‘Manchester United Tidak Ada Kepimpinan Dan Tak Terurus’

Gary Neville memberikan penilaian beliau tentang aksi Manchester United menentang Leicester City. Sebelum itu, Mourinho menuduh para pemain beliau sebagai kebudak-budakan dan Neville bersetuju dengan komen itu.

Neville berpendapat Manchester United kurang terurus dan tidak ada pemimpin di dalam padang. United di hadapan dengan 17 minit lagi baki perlawanan, mereka berdepan dengan 10 orang pemain.

Jika Manchester United satu ketika dahulu, amat sukar melihat lawan mereka mendapat mata dengan bermain 10 orang walaupun pasukan yang besar sekalipun.

Neville juga megkritik sikap pemain-pemain United yang cepat berpuas hati dalam kedudukan 2-1. United yang memilih untuk bertahan telah turun terlalu ke bawah.

Ketika inilah Leiceter menggunakan kesempatan untuk melakukan hantaran lintang.

Dalam analisis Thierry Henry, beliau tak faham kenapa Manchester United bertahan terlalu ke bawah (deep defending system) yang mengundang pasukan lawan melakukan hantaran.

Pemain-pemain United tidak menekan lawan lebih intensif dan mereka tiada kemampuan untuk membunuh perlawanan. Gary Neville berkata:

“Smalling sudah angkat bendera (memberitahu tak boleh bermain) dan dia bergelut dalam situasi itu. Kenapa tidak mengarahkan pemain lain berada (cover) di kawasan itu?”

“Ini bukan berlaku dalam 2 atau 3 minit. Saya perasan Jones cuba menyusun semula organisasi apabila tahu Smalling tidak boleh bermain.”

“Saya melihat dia meminta Herrera untuk berada di bek kanan tetapi pemain itu tak mahu. Kemudian, Jones meminta Henrik Mkhitaryan untuk turun.”

“Tetapi kenapa tiba-tiba Smalling kembali semula ke padang dan berada di kawasan itu? Akhirnya dia terpaksa cuba menghalang Maguire.”

“Saya rasa macam tak percaya pasukan seperti Manchester United tidak terurus dan tiada kepimpinan di dalam padang. Perlawanan itu seharusnya mereka menangi. Rasanya Jose pun marah jika melihat ulang tayang.”

Jose Mourinho akur kerana kesilapan mereka sendiri mereka dihukum. Beliau juga menyifatkan mereka baru terlepas kemenangan dalam perlawanan mudah (menentang 10 pemain).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN