Analisis Taktikal: 4-4-1-1 Barcelona Yang Diperbaiki Pada Separuh Masa Kedua

Real Madrid ditewaskan oleh Barcelona 0-3 di Bernabeu di hari mereka memulakan perlawanan dengan status juara dunia dan disorak dengan lagu campeones oleh penyokong mereka.

Permulaan

Real Madrid seperti biasa memilih formasi 4-4-2 untuk berhadapan dengan pasukan yang dahagakan penguasaan bola seperti Barcelona. Ronaldo dan benzema digandingkan sebagai no.9 kembar.

Barcelona bermain dengan formasi 4-4-1-1 dengan sistem pivot kembar di tengah menggandinkan Paulinho dan Rakitic. Ketika menyerang Paulinho akan membiarkan Busquet jauh di belakang ataupun memecahkan rantaian pivot.

Sistem pressing oleh Real Madrid

Mereka cuba mengenakan tekanan di garisan tinggi kepada Barcelona terutama sekali pada fasa separuh masa pertama. Namun masalah utama mereka adalah isu intensitif.

Tida ada pemain yang benar-benar komited untuk berlari ke sana sini untuk menekan pemain Barcelona yang ada bola di barisan belakang mereka.

Ini menjadikan pressing mereka hanya pada visual formasi tetapi tak agresif. Pemain Barcelona masih mampu memegang bola lebih daripada 5 saat.

Lihat sekuel dalam gambar di bawah ini, tak ada seorang yang mahu komited untuk menekan Ter Stegen dalam keadaan mereka sudah berada di garisan tinggi secara unit.

 

Di sini anda nampak ada tanda-tanda Benzema mahu menekan Ter Stegen

 

Ia tak berlaku, tak ada tekanan kepada Ter Stegen dan ramai pemain pasif untuk menekan

Real Madrid 4-4-2

Mereka ada 2 transisi sama ada kepada sistem yang mendatar 4-4-2 ataupun berbentuk berlian di tengah. Asasnya, Real Madrid lebih rigid dan menggunakan pendekatan yang direct.

Mereka menghadirkan masalah kepada Barcelona pada separuh masa pertama kerana Barcelona tidak terlalu sabar bila ada bola. Itu yang digariskan oleh Ernesto Valverde dalam sidang media beliau di mana beliau gembira dengan perubahan pada taktikal mereka pada separuh masa kedua.

Real Madrid berhadapan dengan isu gagal menjaringkan gol pada keadaan pasukan Barcelona sedang dalam proses untuk mencari rentak pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua mereka membenarkan gol Barcelona itu selepas terpecah di tengah. Ianya bermula dengan Barcelona membina serangan di bawah.

Berlian Madrid di tengah di atasi oleh Barcelona. Dalam sistem 4-4-2 berlian, tengah bertiga di hadapan no.6 adalah bahagian penting untuk menekan lawan.

Ini adalah penjelasan ringkas bagaimana Busquet memecahkan berlian Real Madrid pada waktu yang tepat. Apa yang berlaku adalah 3 pemain di atas Modric tak mampu untuk mengejar.

Lihat pada larian tanpa bola Sergi Roberto yang masuk ke half-space. Dalam mana-mana sistem 4-4-2, pemain pertahanan sisi lawan adalah tugas pemain sayap anda untuk mengawal mereka. Jadi, Kovacic sudah jauh terlepas ataupun outplayed.

Real Madrid ada peluang mematikan dan meneutralkan Roberto kerana mereka dalam keadaan 4 vs 3 tetapi lihat pada larian Marcelo, apa tujuan dia masuk ke tengah dan tidak mengekang Sergi Roberto?

Saya jelaskan lebih lengkap dalam gambar ini, bagaimana berlaku kecelaruan dalam ‘decision making’ para pemain.

Ini adalah momen Busquet melepaskan bola kepada Rakitic, perhatikan dengan jelas Marcelo mengawal Sergi Roberto, manakala Kovacic dengan jelas diarahkan mengawal Messi sepanjang masa. Lihat contoh ini dahulu.

Real Madrid seperti dalam bek berlima apabila Messi berada di zon sangat tinggi kerana Kovacic adalah penjaga Messi sepenuh masa.

Dalam situasi gol tersebut Kovacic terus pergi ke arah Messi sebaik sahaja hilang bola. Casemiro yang biasanya menjadi pemain tengah defensif mengawal pemain seperti Messi dijadikan pemain lebih ofensif.

Ini fasa ketika Barcelona membina serangan, lihat perhatian Kovacic terus kepada Messi.

Dawah ini di mana Kovacic jelas dalam keadaan keliru sama ada dia perlu mengejar Rakitic ataupun terus merantai Messi. Dia memutuskan untuk merantai Messi bagi memastikan pemain itu tak menerima bola. Kerana itu tugasan utama beliau.

Dalam keadaan ini Kovacic patut terus pergi kepada Rakitic dan lupakan Messi. Ancaman utama pada Rakitic ketika ini. Dan lihat Marcelo memberikan bantuan kepada Kovacic kerana dia menjangkakan Kovacic akan melepaskan Messi untuk mengejar Rakitic.

Segalanya serba tak kena, Marcelo mungkin melihat mereka masih ada kelebihan secara kuantitatif dan melepaskan Sergi Roberto. Beliau cuba meneutralkan Messi kerana melihat Kovacic awalnya mahu merapati Rakitic.

Ini adalah gambaran dari atas bagaimana Kovacic dalam kebingungan dan tak dapat membuat keputusan terbaik dalam situasi tersebut.

Hanya kerana Kovacic mengubah keputusan beliau pada masa yang beliau seharusnya meneruskan untuk mengejar Rakitic. Tetapi inilah yang berlaku apabila ada arahan khas untuk merantai pemain dengan kawalan ‘khas’.

Lihat juga kesanya di bawah ini. Marcelo terlepas Sergi Roberto hanya kerana Messi. Kovacic terlepas Rakitic hanya kerana Messi. Barcelona daripada situasi numerical disadvantage membentuk 3 vs 2.

Jika Kovacic lebih tegas dalam keputusan dan cuba melakukan tactical foul, mungkin gol itu boleh dibendung. Itu yang biasanya dilakukan oleh dirty worker.

Secara statistik, Kovacic gagal dalam tugasan beliau. Biarkan statistik ini berbicara.

4-4-1-1 Barcelona

Sistem ini memang meletakkan Messi di peranan lebih bebas di no.10. Sudah dijangka pemain ini sentiasa efektif sebagai no.10. Itu memang peranan asal dia.

Messi dan Suarez memberikan cengkaman lebih kuat berbanding dengan sistem lebih rigid Ronaldo dan Benzema. Lihat ‘heat map’ di bawah ini.

‘Heatmap’ di bawah ini menunjukkan Real Madrid gagal memecahkan zon padat (tight area) atau zon 14. Bandingkan pula dengan Barcelona. Salah satu sebabnya adalah peranan no.10 Messi.

Ronaldo dan Benzema gagal memberikan impak di dalam perlawanan ini. Manakala Messi dan Suarez sangat efektif.

Ketika bertahan, Barcelona membentuk ‘2 banks of four’ yang stabil dan kompak. Mereka bermain dengan taktikal yang sama sepanjang 90 minit.

Tetapi mereka lebih sabar dalam memecahkan pertahanan Real Madrid pada separuh masa kedua. Seterusnya, barisan pertahanan mereka lebih terurus.

Jom lihat bagaimana mereka memerangkan serangan Real Madrid dengan disiplin dan keyakinan ketika bertahan dalam post ini:

Penilaian

Real Madrid bermain lebih baik pada separuh masa pertama. Namun Barcelona berjaya meneutralkan mereka. Sebaliknya, Barcelona bermain lebih baik pada separuh masa kedua dan Real Madrid gagal meneutralkan mereka.

Dalam kedudukan 1-0 Real Madrid kelihatan dalam tekanan. Dalam kedudukan 2-0 dan bermain hanya 10 pemain, masalah terlalu besar untuk Real Madrid.

Aspek yang perlu digariskan Zidane adalah ‘workrate’ pemain terutama sekali ketika melakukan tekanan, bertahan secara unit dan masalah ketumpulan di barisan hadapan.

Zidane gagal memperbaiki masalah pasukan beliau lebih awal. Pertukaran pemain yang ofensif dibuat pada minit ke-72 dengan memasukkan Bale. Penyerang utama mereka gagal beraksi dalam prestasi terbaik di dalam perlawanan ini.

Untuk Barcelona, mereka sudah memperbaiki masalah mereka yang agak ada sedikit rasa kurang yakin untuk bermain garisan tinggi pada separuh masa pertama. Mereka lebih semulajadi pada separuh masa kedua.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Lionel Messi (Barcelona)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN