Dihukum Bermain Tanpa Penonton, PAFA Sedia Buat Rayuan

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM edisi ke-4 yang berlangsung pada 20 Disember 2017, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) telah dihukum kerana gagal mengawal keselamatan penyokong.

Insiden berlaku ketika perlawanan Piala Malaysia 2017 (Separuh Akhir 1), Perak lwn Johor Darul Ta’zim pada 15 Oktober 2017 di Stadium Perak, Ipoh.

Selepas tamat perlawanan, berlaku kekecohan penyokong di luar stadium yang menyebabkan ada penyokong yang cedera.

Menyedari perkara itu, PAFA akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atasnya.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata kepada Berita Harian, PAFA merasakan mereka tidak wajar dipersalahkan oleh jawatankuasa disiplin FAM berikutan insiden yang berlaku.

Perak didenda RM35,000 dan diarah bermain dua perlawanan tanpa penonton di laman sendiri akibat salah laku penonton ketika perlawanan itu.

Jawatankuasa disiplin FAM bagaimanapun menangguhkan satu hukuman bermain tanpa penonton itu dengan syarat tidak berlaku lagi kekecohan.

“PAFA sudah mengambil semua langkah sewajarnya untuk meningkatkan kawalan dan keselamatan penonton. Namun berlaku juga kekecohan. Ia memang di luar kawalan kami,” katanya.

Abdul Puhat turut meminta badan induk bola sepak negara itu menimbang rayuannya itu memandangkan PAFA terpaksa menanggung bebanan kewangan yang besar.

Dia juga meminta kerjasama peminat dan penyokong untuk memastikan perlawanan bola sepak dapat berjalan lancar dan dalam keadaan yang baik di masa akan datang.

Mengimbas kembali mengenai insiden itu, kekecohan dipercayai bermula sebelum tamat perlawanan yang menyaksikan kedua-dua penyokong mula membaling botol ke padang.

Berlaku perang mulut di antara kedua-dua penyokong ketika perlawanan itu. Foto: Utusan Malaysia

Ada antara individu yang tidak dikenal pasti mengeruhkan lagi keadaan apabila membaling mercun ke arah sekumpulan penonton.

Menurut sumber, seorang lelaki dipercayai penyokong cedera di kepala dan perut akibat terkena mercun berkenaan dan diberikan rawatan awal Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat menahan beberapa individu bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, enam bas yang membawa penyokong JDT diarahkan beredar dari kawasan stadium untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN