Sukan Komanwel, merupakan salah satu temasya sukan yang masyhur di dunia. Ia disertai oleh negara-negara Komanwel yang kebanyakannya pernah dijajah Britain.
Semua maklum bahawa hak penganjuran Sukan Komanwel 2022 di Durban ditarik balik. Kini, mereka telah menemui pengganti.
Sekurang-kurangnya Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) lega kerana mereka ada pengganti. Ya, sebelum bermulanya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.
Milik Birmingham
Sukan Komanwel 2022 bakal dianjurkan di Birmingham. Ia diadakan pertama kali di bumi England selepas Manchester menjadi hos pada 2002.
Birmingham tidak menerima mana-mana saingan daripada bidaan lain. Walau bagaimanapun, terdapat stadium bola sepak bakal menganjurkan salah satu acara sewaktu temasya itu berlangsung.
Stadium keramat Aston Villa, Villa Park akan menganjurkan perlawanan ragbi Sukan Komanwel 2022. Sebelum ini, Villa Park turut digunakan semasa Piala Dunia Ragbi 2015.
Bukan kali pertama
Sebenarnya ia bukan kali pertama mana-mana stadium bola sepak digunakan untuk Sukan Komanwel. Ini terutamanya semasa temasya itu diadakan di Britain.
Semasa Glasgow di Scotland menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2014, Ibrox terpilih menjadi gelanggang acara ragbi 7-sebelah. Manakala, Celtic Park pula menjadi tempat di mana upacara pembukaan diadakan.
Hampden Park menjadi tempat upacara pembukaan dijalankan di samping acara olahraga..
Etihad Stadium di Manchester dahulunya merupakan stadium yang dibina untuk Sukan Komanwel 2002. Memang terdapat balapan di stadium itu sebelum ia mengalami pengubahsuaian.
Tiada acara bola sepak
Sebagaimana tradisi, acara bola sepak tidak dipertandingkan dalam Sukan Komanwel. Ini berbeza dengan Sukan Olimpik. Malah, Sukan Asia, Sukan Asia Tenggara (SEA) pun turut menawarkan pingat dalam acara bola sepak.
Bola sepak (lelaki) juga digelar sebagai ibu segala pingat. Mungkinkah suatu hari nanti tradisi ini dipecahkan?