Di kala seluruh dunia memuji kejayaan Bristol City yang berjaya mengejutkan Manchester United, Jose Mourinho pula merasakan kemenangan Bristol ke atas Manchester United kerana mereka bernasib baik. Bercakap kepada Sky Sports:
“Pasukan dari liga bawahan menang hari ini, hari yang ‘besar’ untuk mereka.”
“Mereka agak bernasib baik pada hari ini. Tetapi mereka memang berjuang mati-matian untuk bernasib baik. Semua orang menunggu gol daripada pasukan kami, jadi mereka adalah bernasib baik. 2 kali percubaan kami terkena tiang.”
Selepas itu, Jose Mourinho tetap memuji aksi Bristol yang dianggap beliau telah bermain baik sekali.
“Tetapi mereka bermain dengan hebat, mereka berjuang seperti perlawanan ini menentukan hidup mati mereka. Hari yang indah untuk bola sepak.”
Sebagai rekod, Jose Mourinho boleh dikatakan pakar dalam Piala Liga. Beliau sudah memenangi piala ini 4 kali dengan Chelsea dan Man. United.
Beliau juga membidas pemain-pemain yang sudah beliau berikan kepercayaan tetapi tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk mara ke separuh akhir.
“Realitinya, 11 pemain kami yang ada di dalam padang pada hari ini bukan seperti yang kita saksikan sebelum ini. Mereka mensia-siakan peluang untuk ke separuh akhir. 2 perlawanan sahaja lagi.”
“Tetapi saya tak mahu salahkan pemain-pemain, sebab saya rasa mereka sedar yang mereka pemain profesional. Jadi tiada isu kami tidak kisah tentang perlawanan ini ataupun kami tidak bertanggungjawab di atas kekalahan itu, dan tidak bermakna kami tidak ada maruah.”
“Hari ini kamio sudah menunjukkan segala yang kami ada selepas gol pertama (Bristol City). Tetapi mereka (Bristol City) menjaringkan gol di masa kecederaan. Tiada peluang langsung untuk kami membalasnya.”