PBNS Wajibkan Pemainnya Patuhi 21 Garis Panduan Tatatertib

21 garis panduan tatatertib telah diwujudkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) bagi memastikan setiap pemainnya mengamalkan disiplin tinggi sepanjang bersama pasukan itu.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kepada Berita Harian, setiap pemain tidak boleh keluar sesuka hati pada waktu malam dan akan diheret ke jawatankuasa disiplin jika didapati bersalah.

“Antara elemen atau pantang larang yang terkandung dalam garis panduan itu ialah pemain dilarang melepak sesuka hati di tempat tertentu seperti di kelab malam pada malam hari.

“Pemain juga diingatkan supaya tidak sengaja melanggar disiplin ketika beraksi di padang seperti sengaja mahu dikenakan kad merah dengan memaki pengadil atau menumbuk pemain lawan.

Bagi mereka yang melakukan kesalahan itu, mereka akan dibawa ke jawatankuasa disiplin pasukan terlebih dulu sebelum hukuman setimpal dijatuhkan.

“Antara tindakan yang akan dikenakan kepada pemain berkenaan termasuk memotong gaji mereka, selain disingkirkan daripada pasukan, namun ia bergantung kepada jenis dan tahap kesalahan dilakukan,” jelas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Negeri Sembilan bakal bersaing dalam Liga Super musim 2018 akan mengadakan majlis pengenalan pemain Negeri Sembilan pada awal januari tahun hadapan

Menurut presiden PBNS, sesi penerangan mengenai 21 perkara dalam garis panduan ini akan diadakan kepada pemain dan juga pegawai yang terlibat.

Selain itu, PBNS juga akan memanggil wakil Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) untuk menerangkan apa tanggungjawab seorang yang bergelar profesional.

“Jadi apabila semua sudah diberikan penerangan ini dan memahaminya maka jangan salahkan pihak pengurusan jika kita mengambil tindakan drastik atas salah laku yang dibuat.

“Kami perlu bertegas dalam soal disiplin pemain selaras dengan tahap profesional Liga-M selain mahu memastikan tidak isu atau perkara yang boleh mengundang masalah antara pemain dan pihak pengurusan pada masa depan,” katanya.

Seramai 24 pemain telah menandatangani kontrak bersama Pasukan Piala Presiden (PBNS) bagi musim 2018. Foto: PBNS

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad mengesahkan PBNS melantik bekas Pengarah Teknikal pasukan itu, Jorg Steinebrunner sebagai ketua jurulatih baharu pasukan Negeri Sembilan.

Berkenaan skuad pula beliau berkata, pengurusan pasukan itu sudah melengkapkan senarai 24 pemain membabitkan empat pemain import dan 20 pemain tempatan termasuk lima daripada skuad Piala Presiden yang dinaikkan pangkat.

Menurutnya, terdapat seorang lagi pemain import sedang diuji sebelum ditawarkan kontrak. “Kita dijangka dapat melengkapkan kesemua senarai 25 pemain selepas 29 Disember ini, sebaik berlangsungnya perlawanan persahabatan menentang Selangor,” katanya.

Pada 21 Disember ini, pasukan Negeri Sembilan juga akan mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN