Manchester United Tumbang, Chelsea Ke Separuh Akhir Piala Carabao

Situasi yang sama berlaku pada dua perlawanan suku akhir Piala Carabao yang berlangsung pagi tadi apabila jaringan lewat perlawanan dari Korey Smith dan Alvaro Morata masing-masing membawa Bristol City dan Chelsea ke pusingan empat pasukan terbaik.

Sudah pasti kekalahan Manchester United di Ashton Gate menjadi buah mulut peminat bola sepak pada hari ini.

Bristol City (2) lawan Manchester United (1)

Walaupun membariskan pemain utama seperti Paul Pogba, Marcus Rashford dan Anthony Martial, ianya masih belum mampu untuk menghalang cita-cita menggunung Bristol City yang semestinya memasang impian untuk mencipta kejutan keatas United.

Skuad bimbingan Jose Mourinho itu terlepas beberapa peluang menarik untuk menghasilkan jaringan pendahuluan antaranya percubaan dari Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-11 yang terkena palang dan rembatan luar kotak penalti dari Marcus Rashford pula dinafikan oleh palang gol.

Bristol City juga terlepas peluang bagi mendapatkan gol apabila jaringan yang dihasilkan oleh Aden Flint pada minit ke-28 dibatalkan oleh pengadil kerana pemain pertahanan itu terlebih dahulu telah melakukan kekasaran terhadap Sergio Romero.

Kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Piala Carabao
BRISTOL, ENGLAND – DECEMBER 20: Korey Smith of Bristol City scores his sides second goal past Sergio Romero of Manchester United during the Carabao Cup Quarter-Final match between Bristol City and Manchester United at Ashton Gate on December 20, 2017 in Bristol, England. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Bristol City yang dibimbing Lee Johnson membuka tirai jaringan 6 minit selepas aksi bersambung setelah Joe Bryan yang melakukan rembatan deras dalam kotak penalti berjaya menewaskan Romero untuk menceriakan penyokong setia mereka.

United bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang diambil Zlatan Ibrahimovic terus menerjah gawang Bristol City untuk keputusan kembali terikat.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun penyudah kurang berkesan menafikan peluang untuk menambah jaringan.

Ketika perlawanan dijangka akan berlanjutan ke masa tambahan, Korey Smith muncul sebagai wira apabila beliau yang mendapat umpanan lambung dari Matt Taylor berjaya menyudahkan peluang tersebut untuk menghampakan United dan seterusnya membawa Bristol City layak ke separuh akhir Piala Carabao.

Chelsea (2) lawan Bournemouth (1)

Skrip sama turut dilakar Chelsea apabila jaringan minit akhir Alvaro Morata berjaya membawa The Blues ke saingan separuh akhir.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Chelsea tidak menunggu lama untuk menghasilkan jaringan. Willian meneruskan persembahan baiknya apabila menyudahkan dengan tenang hantaran Cesc Fabregas pada minit ke-12.

Jaringan tersebut berpunca daripada gerakan menarik diantara Michy Batshuayi, Kenedy dan Fabregas.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 20: Alvaro Morata of Chelsea celebrates after scoring his sides second goal with his Chelsea team mates during the Carabao Cup Quarter-Final match between Chelsea and AFC Bournemouth at Stamford Bridge on December 20, 2017 in London, England. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Antonio Conte memasukkan Eden Hazard, Alvaro Morata dan Tiemoue Bakayoko pada babak kedua dalam usaha mengukuhkan kedudukan.

Namun usaha tersebut menemui jalan buntu dan peluang tersebut digunakan oleh Bournemouth yang berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi rembatan dari Dan Gosling.

Belum pun sempat pelawat kembali memperkemaskan barisan pertahanan selepas jaringan penyamaan tersebut, gandingan Hazard dan Morata menghukum kealpaan Bournemouth apabila Morata berjaya meledak jaringan kemenangan tidak sampai seminit jaringan Gosling dihasilkan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN