Prestasi Benteng Pertahanan Skuad Malaysia B23 Merisaukan Ong Kim Swee

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan Liga Super, Melaka United dalam aksi persahabatan di Wisma FAM semalam.

Berdasarkan prestasi pemain dalam perlawanan persahabatan itu, jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui masih belum berpuas hati dengan barisan pemain pertahanan biarpun sudah hampir dua minggu menyertai kem latihan pusat.

Kim Swee bercakap kepada berita harian, barisan pertahanan yang diketuai pemain baharu JDT, Adib Zainuddin dilihat mudah dibolosi lawan ketika aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, petang semalam.

“Separuh masa pertama, bahagian pertahanan begitu longgar dan mudah dibolosi walaupun tidak melepaskan gol. Saya lihat bahagian pertahanan masih belum mencapai matlamat atau prestasi terbaik mereka.

“Pada babak kedua permainan pasukan saya bertambah baik selepas ramai pemain muda yang diturunkan begitu bersungguh-sungguh dan mereka tahu mereka perlu merebut tempat.

“Tapi, secara keseluruhannya masih banyak yang perlu diperbaiki kerana lawan kita selepas ini pasti lebih mencabar terutama dalam saingan Kejuaraan B-23 AFC 2018 nanti,” katanya kepada media.

Aksi barisan pemain pertahanan ketika berdepan Melaka United semalam. (Gambar: FAM)

Skuad Malaysia B23 akan berlepas ke Korea Selatan, Ahad ini untuk latihan pusat kedua dan bakal mengharungi tiga aksi persahabatan sebelum ke China bagi berdepan saingan Kejuaraan B-23 AFC, awal bulan depan.

Skuad muda negara itu diundi dalam Kumpulan C. Ia akan bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Sebentar tadi, senarai 26 pemain yang akan dibawa ke Korea Selatan, telah diumumkan secara rasmi dengan tiga daripada 29 pemain yang berada dalam skuad itu telah digugurkan.

Berikut senarai 26 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk ke kem latihan pusat selama dua minggu di Mokpo, Korea Selatan

3 pemain yang tidak akan ikut skuad ke Korea Selatan ialah penjaga gol Amierul Hakimi Awang dari Terengganu FC II dan Sean Eugene Selvaraj dari Selangor serta Danial Ashraf Abdullah dari Kelantan yang mengalami kecederaan.

“Selepas mengambil kira semua faktor, satu keputusan yang amat sukar untuk saya lakukan. Namun saya terpaksa membuat keputusan untuk menggugurkan Amierul Hakimi dan Sean Eugene bagi melengkapkan senarai 26 pemain ke Korea Selatan,” kata Kim Swee.

Minggu lepas, Kim Swee mengumumkan pengguguran penyerang Kedah, Syafiq Ahmad daripada senarai 30 pemain yang dipanggil atas faktor kesuntukan masa memandangkan pemain berkenaan hanya dapat melapor diri lewat kerana melangsungkan perkahwinan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN