Skuad Futsal Negara Berpeluang Lakar Sejarah Baru Dalam Kejuaraan Futsal AFC 2018

skuad futsal negara

Cabaran skuad futsal negara pada Kejuaraan Futsal AFC 2018 di Chinese Taipei sedikit memberikan sinar harapan untuk layak ke pusingan kalah mati apabila skuad bimbingan Chiew Chun Yong itu selepas diundi satu kumpulan bersama Chinese Taipei, Vietnam dan Bahrain dalam kumpulan A.

Berdasarkan ranking semasa keempat-empat negara dalam kumpulan A ini, Vietnam yang beraksi dalam saingan Piala Dunia 2016 menduduki ranking ke-40 dunia. Malaysia yang semakin menunjukkan peningkatan prestasi dalam saingan Sukan SEA dan Kejuaraan Futsal AFF 2017 berada ditempat ke-53.

Manakala tuan rumah kejohanan yang akan bermula pada 1 hingga 11 Februari 2018 nanti, Chinese Taipei ditempat ke-79 dan Bahrain di ranking ke-95 dunia.

Peluang lakar sejarah baru futsal negara

Berpandukan kepada prestasi semasa, skuad futsal negara berpeluang cerah untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati dan seterusnya melakar sejarah dalam kancah futsal tanah air.

Hal ini kerana sepanjang pembabitan 11 kali dalam saingan Kejuaraan Futsal AFC, skuad negara tidak pernah melepasi walau satu pun saingan di peringkat kumpulan.

Dengan undian yang boleh dikatakan agak sedikit memihak kepada skuad negara, tidak mustahil sejarah bakal dicipta oleh anak buah Chiew Chun Yong pada kejohanan yang telah memasuki edisi ke-15 ini.

Segar dengan aksi bertenaga dalam dua kejohanan besar

Aksi bertenaga yang dipamerkan skuad futsal negara dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur dan Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Vietnam mampu menjadi azimat berguna buat para pemain bagi meneruskan momentum baik itu.

Keupayaan mengikat pasukan yang berada dalam kumpulan yang sama, Vietnam 1-1 di Kuala Lumpur dan mengejutkan lawan yang sama 5-1 ketika di Ho Chi Minh City juga menunjukkan peningkatan mendadak skuad negara ketika ini.

Namun disebalik undian tersebut, para pemain diharapkan tidak terlalu memandang mudah cabaran pasukan lain terutamanya Chinese Taipei yang sudah pasti begitu bersemangat beraksi dihadapan penyokong sendiri dan juga Bahrain mampu untuk menjelmakan sesuatu yang luar biasa buat skuad negara.

Chiew Chun Yong tetap anggap Malaysia di kumpulan sukar

Nada berbeza diungkapkan oleh Chiew Chun Yong apabila beliau merasakan cabaran sukar bakal dihadapi skuad negara di Chinese Taipei nanti.

Beliau yang dihubungi wakil Semuanya BOLA, berkata: ”Undian yang dikeluarkan bukanlah satu tugas mudah buat skuad negara, pasukan tuan rumah, Chinese Taipei mempunyai kekuatan sama seperti Malaysia dan Vietnam.”

”Bahrain juga merupakan pasukan pilihan dalam kumpulan A ini dan kesemua pasukan tidak akan memberikan cabaran yang mudah buat skuad negara berdasarkan persiapan mereka yang lebih tersusun menjelang kejohanan ini.”

”Tiada pasukan boleh mengambil mudah cabaran kumpulan ini dan sudah pastinya saya mengharapkan skuad negara dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya.”

Chun Yong turut menyentuh mengenai prestasi dua kejuaraan besar yang dihadapi sebelum ini tidak menjanjikan sebarang jaminan buat kemaraan skuad negara.

”Keputusan ketika aksi di Sukan SEA dan Kejuaraan AFF tidak memberikan sebarang makna atau tidak boleh dijadikan jaminan buat cabaran kami di Chinese Taipei.”

”Saya masih berasakan bahawa Vietnam dan Bahrain sebagai pasukan pilihan dan Chinese Taipei adalah lawan yang kuat berdasarkan persiapan mereka dan merupakan negara tuan rumah,” jelas Chun Yong lagi.

Pasukan yang bertanding dalam Kejuaraan Futsal AFC 2018. Kredit foto: The-AFC.com

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN