Borussia Dortmund Beri Sinar Harapan Buat Pelarian Yang Menetap Di Jerman

Pelarian

Melalui inisiatif Welcome to Football yang diperkenalkan oleh German Football League pada September 2015, Borussia Dortmund merupakan kelab terawal di Bundesliga menggunakan inisiatif tersebut untuk membantu pelarian yang menetap di Jerman.

Inisiatif ini juga bagi membantu pelarian untuk bergaul dengan masyarakat tempatan melalui aktiviti sosial seperti bermain bolasepak.

Antara pihak yang terlibat dengan Borussia Dortmund dalam program ini adalah pasukan amatur tempatan iaitu TSC Eintract Dortmund, German Football League dan German Children & Youth Foundation.

Serampang Dua Mata
Kebanyakan yang menyertai program ini adalah pemain muda dan mempunyai potensi yang tersendiri. Dan saya pasti di masa hadapan ada di antara mereka akan bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman.

Seorang daripada pelarian tersebut ialah Shamil Ilqasim, berumur 19 tahun dari Iraq. Menurut Shamil, dia sangat gembira dengan program ini.

Menurut beliau, mereka bermain setiap minggu dan semua keperluan telah pun disediakan. Shamil juga berpendapat ia membantu mereka untuk melupakan seketika masalah yang telah terjadi di negara asal.

Sokongan
Dengan sokongan daripada kelab dan masyarakat, Borussia Dortmund telah berjaya menjayakan program ini dan telah masuk tahun ke-3 berturut-turut. Selain itu, pelarian yang berumur daripada 18 hingga 20 tahun menghadiri sesi latihan mingguan di TSC Stadium.

Menariknya, mereka turut diberikan makanan secara percuma dan selepas latihan mereka akan menghadiri kelas mengikut sukatan Jerman.

Pendidikan, Pekerjaan & Tiket
Sehubungan dengan itu, mereka juga diberikan peluang untuk mendapat pendidikan di institusi tempatan dan pihak penganjur turut membantu mereka untuk mencari pekerjaan disamping bantuan dari segi peralatan sukan untuk berlatih.

Borussia Dortmund turut memberi tiket percuma kepada 220 pelarian pada tahun 2015 untuk menyaksikan perlawanan Borussia Dortmund. Ia pasti pengalaman yang sukar untuk dilupakan bagi semua pihak yang telibat.

Menjadi Ikutan Kelab Lain
Selepas program Welcome to Football berjaya, Werder Bremen mengikut jejak langkah yang sama, apabila mereka memperkenalkan program yang dikenali sebagai Stay On The Ball dan Bayer Leverkusen tidak ketinggalan memperkenalkan Bayer 04 Does School.

Program tersebut khusus untuk membantu pelarian untuk menyertai kelab tempatan.

Dari segi latihan pula, setiap sesi latihan melibatkan 800 orang yang berumur 4 sehingga 30 tahun di seluruh Jerman setiap minggu dan seramai 600 orang telah bermain di liga amatur tempatan.

Selain itu, terdapat kelab dari Liga Perdana Inggeris membuat program yang sama. Kelab seperti Arsenal, Everton dan Leicester.

Sementara itu, FA England turut memberikan tiket percuma kepada pelarian yang kurang bernasib baik dan mereka telah pun menyaksikan perlawanan antara England menentang Brazil dan Jerman.

Dasar Kemanusiaan
Apa yang dilakukan oleh Jerman dan Borussia Dortmund harus lah dipuji. Dasar kemanusiaan yang amat terbuka dan saya percaya dengan kelab dan sumber yang kita ada. Kita dapat membantu saudara kita dari negara lain. Kelab Malaysia bila lagi?

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama  Justine Pengiran Igai. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN