Ong Kim Swee : Hanya 23 Pemain Yang Terbaik Sahaja Akan Dibawa Ke China

Hanya tinggal enam minggu sahaja sebelum bermulanya kejohanan AFC bawah 23 tahun di China januari depan, setakat ini hanya tiga pemain yang masih belum melapor diri di kem latihan pusat di Wisma FAM, kelana jaya.

Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee menegaskan beliau tidak akan mengambil ringan masalah disiplin dalam kalangan pemain bagi membentuk barisan yang mantap untuk kejohanan itu.

Dalam kejohanan itu, Malaysia dijadualkan bertemu Iraq, Jordan serta Arab Saudi dalam Kumpulan C pada 10-16 Januari ini dan Kim Swee mahu memastikan pemainnya cukup bersedia berdepan semua cabaran itu.

Bercakap kepada media, beliau akan memastikan semua pemain bekerja keras untuk merebut tempat dalam barisan 23 pemain terbaik yang dibawa ke China.

“Semua bahagian perlu bekerja. Saya tidak katakan kepada penjaga gol sahaja, pertahanan, pemain tengah atau penyerang.

“Perkara paling penting adalah apabila kami ke China, kami mempunyai 23 pemain yang sanggup bekerja keras,” kata Kim Swee kepada wartawan berita harian.

Sesi latihan dan ujian kecergasan pemain di wisma FAM semalam (Gambar: FAM)

“Anda boleh mempunyai teknik yang sangat bagus tetapi jika anda tidak bekeja keras dan berdisiplin, memang tidak ada peluang. 23 pemain yang dipilih mestilah bagus dalam semua perkara, terutama sekali disiplin di dalam dan luar padang.

“Saya berharap pemain akan mengambil ini sebagai cabaran dan membuktikan kemampuan mereka dan dengan semangat dan disiplin, kemudian kita akan dapat keputusan.” jelas Kim Swee.

Bintang muda negara, Akhyar Rashid turut dipanggil menyertai skuad bawah 23 tahun. (Gambar : FAM)

Kim Swee sudah mempunyai perancangan untuk memastikan pemainnya kekal cergas apabila mengaturkan perlawanan persahabatan pertama menentang kelab dari liga FAM, Petaling Jaya Rangers pada 9 Disember ini.

Dalam perlawanan itu, beliau akan memecahkan pemain kepada dua kumpulan untuk menilai prestasi mereka sebelum menyenaraikan pemain yang akan dibawa ke latihan pusat fasa kedua di Mokpo, Korea Selatan.

“Ini baru hari kedua kami bersama dan untuk menilai pemain, saya perlukan sekurang-kurangnya seminggu dan selepas perlawanan persahabatan,” kata Kim Swee yang membawa pasukan itu memenangi pingat perak Sukan SEA di Kuala Lumpur, Ogos lalu.

INFOGRAFIK : Persiapan skuad Malaysia bagi menghadapi kejohanan AFC Bawah 23 Tahun pada januari depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN