Kelab Jepun, Urawa Reds mengakhiri penantian 10 tahun mereka untuk membawa pulang sekali lagi trofi kelab paling berprestij di Asia, AFC Champions League (ACL).
Urawa menebus aksi mengecewakan mereka dalam liga J musim ini dengan penutup yang gemilang di dalam kalendar bola sepak Asia.
Urawa menewaskan kelab dari Arab Saudi, Al Hilal secara agregate dalam 2 perlawanan final dengan format timbal balik.
Kejuaraan ini lebih bermakna apabila diraikan oleh Urawa di hadapan penyokong mereka sendiri.
Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan pertama. Dalam perlawanan kedua yang berlangsung di Saitama, Urawa menang 1-0 hasil jaringan tunggul minit akhir Rafael Silva.
Silva menerima hantaran cantik daripada Yuki Moto untuk menewaskan penjaga gol Al Hilal, Abdullah Al Maiouf.
Al-Hilal pastinya kecewa kerana mereka menguasai 64% daripada perlawanan ini dan melakukan 12 percubaan ke arah gol. Malangnya kualiti percubaan gol mereka sangat lemah, hanya 1 sahaja percubaan tepat.
Urawa Reds tidak banyak menguasai perlawanan namun mereka nyata pasukan yang efektif dan lebih tajam di hadapan gol. 11 percubaan gol, 5 daripadanya adalah percubaan tepat.
Pada minit ke-78 Al-Hilal tertekan setelah pemain mereka Salem Al Dawsari dilayangkan kad merah.
Tamat perlawanan, Urawa menang perlawanan kedua dengan 1-0. Mereka meraikan kejuaraan gemilang kelab mereka.
Sementara itu, Yosuke Kashiwagi dipilih sebagai Pemain Paling Berharga (MVP) ACL 2017.
Beliau terkejut dengan penghargaan ini dan menganggap ramai lagi rakan beliau berhak menerima anugerah itu. Tetapi beliau tetap berbangga dan gembira.