Lionel Messi Kini Bernilai €700 Juta, Kekal Bersama Barcelona Sehingga 2021

Bintang bola sepak Argentina dan Barcelona Lionel Messi, akhirnya menamatkan spekulasi mengenai masa depannya selepas menandatangani kontrak baru bersama Barcelona. Kontrak tersebut akan mengekalkan Messi di Nou Camp sehingga 2021.

Sebelum itu, kontrak Lionel Messi bersama gergasi Catalan tersebut akan tamat menjelang akhir musim ini, lantas menimbulkan spekulasi sama ada Messi akan kekal bersama Barcelona atau akan mencari angin baru mulai Januari.

Pemain yang bakal tamat kontrak dalam tempoh 6 bulan dibenarkan untuk mulai berbincang, juga untuk menerima pra kontrak daripada kelab lain.

Barcelona turut mengumumkan perkhabaran ini secara rasmi melalui laman media sosial Twitter.

“FC Barcelona dan Lionel Messi telah mencapai persetujuan dan menandatangani kontrak baru pada pagi Sabtu yang akan menyaksikan bintang Argentina tersebut kekal di Nou Camp sehingga musim 2020-2021.”

“Klausa pembelian turut dipersetujui pada nilai €700 juta. Pada ketika perjanjian antara kedua-dua pihak tamat, ia akan menjadikan Messi telah bersama Barcelona selama 17 tahun sejak beliau menyertai skuad utama.”

Sebelum majlis menandatangani kontrak baru itu berlangsung, Messi telah cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan wartawan mengenai situasi kontraknya bersama Barcelona.

Messi turut tampil menerima anugerah Kasut Emas Eropah pada hari semalam (Jumaat). Sebelum ini Barcelona pernah mengumumkan Messi telah bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan oleh kelab Catalan tersebut pada Julai lalu.

Namun demikian, Messi dikatakan belum mencari masa yang sesuai untuk menandatangani kontrak berkenaan, menyebabkan spekulasi Messi mungkin mempertimbangkan kembali masa depannya.

Manchester City adalah antara kelab yang dikaitkan dengan pemenang dalam tempoh itu dengan faktor keberadaan Pep Guardiola yang merupakan bekas pengurus Barcelona merupakan faktor pemilihan Messi.

Lionel Messi telah memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak 5 kali sepanjang karier profesionalnya bersama Barcelona dan telah tampil sebanyak 394 kali untuk gergasi Catalan itu dalam semua pertandingan.

Sehingga kini Messi telah menjaringkan 361 gol untuk Barcelona dan telah memenangi 30 kejuaraan secara keseluruhan di Nou Camp.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN