Bagaimanakah Perlaksanaan Undian Piala Dunia Sepanjang Zaman? Bahagian II

Perang Dunia Kedua meletus telah menyebabkan Piala Dunia tidak dapat diadakan pada 1942 dan 1946. Mungkin tidak ramai tahu, asalnya Argentina, Brazil dan Jerman mencuba nasib untuk menganjurkan Piala Dunia pada tempoh itu.

Namun begitu, pada 1950 Brazil diberi mandat penganjuran. Edisi 1954 menyaksikan Switzerland menjadi negara tuan rumah. Sweden pula menjadi hos pada 1958.

Kembali ke Amerika Selatan

Asalnya, 16 negara telah layak ke kejohanan ini di Brazil. Namun begitu 3 negara telah menarik diri. India menarik diri disebabkan enggan mematuhi peraturan bermain dengan menggunakan but. Turki pula enggan ke Brazil kerana kos perjalanan.

Scotland pula menarik diri kerana mereka tidak mahu ke sana disebabkan menduduki tangga kedua British Home Championship 1949-50. England membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini.

Akhirnya 13 negara diundi ke dalam 4 kumpulan. Kumpulan 1 menyaksikan Brazil, Yugoslavia, Mexico dan Switzerland. Kumpulan 2 pula dianggotai oleh Sepanyol, England, Chile dan Amerika Syarikat.

Kumpulan 3 disertai oleh Sweden, Italy dan Paraguay. Kumpulan 4 hanya ada dua pasukan iaitu Uruguay dan Bolivia.

Inilah pusingan round-robin untuk 4 terbaik pada edisi 1950.

Juara setiap kumpulan mara ke pusingan round-robin. Ya, kejuaraan 1950 ditentukan dengan cara pertembungan sesama sendiri. Uruguay menang 2 dan seri 1 perlawanan sekaligus melayakkan mereka menggondol kejuaraan kedua.

1954 – Kembali ke format asal

Pasukan Jerman Barat yang memenangi Piala Dunia 1954. Sumber: Google.

Scotland dan Turki membuat penampilan sulung dengan beraksi dalam kejohanan ini di Switzerland. Begitu juga dengan Korea Selatan.

Kali ini, format 4 kumpulan disertai 4 pasukan digunakan kembali. Namun begitu, pasukan pilihan telah ditetapkan kepada Switzerland (hos), Uruguay (juara 1950), Brazil (naib juara 1950).

SWITZERLAND – JUNE 05: Soccer World Cup in Switzerland. The finals between Germany and Hungaria. Germany won the match. (Photo by Keystone-France/Gamma-Keystone via Getty Images)

Hungary turut memasuki kelompok pasukan pilihan kerana menjuarai pingat emas acara bola sepak Sukan Olimpik 1952.

Formatnya mudah difahami, juara dan naib juara akan mara ke suku akhir. Namun begitu, menariknya apabila Jerman Barat dipertemukan semula dengan Hungary di perlawanan akhir. Sebelum itu, Hungary beraksi bersama Jerman Barat dalam saingan Kumpulan 2.

Jerman Barat mencatat nama sebagai pasukan terbaru memenangi Piala Dunia.

1958 – Ikut kedudukan geografi

Petugas memasang paparan perlawanan selepas undian Piala Dunia 1958. Sumber; Martin Polley.

Sebelum itu, Ireland Utara, Soviet Union dan Wales buat pertama kali muncul di Piala Dunia di Sweden. Semasa undian dijalankan, 16 negara bertanding diasingkan mengikut kedudukan geografi.

Pot Eropah Barat dihuni Sweden (tuan rumah), Jerman Barat, Austria dan Perancis. Pot Eropah Timur pula menyaksikan Soviet Union, Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia diletakkan bersama.

Pot Amerika pula disertai Argentina, Mexico, Brazil dan Paraguay. England, Ireland Utara, Wales dan Scotland.

1958: Nisse Niedholm (dark shorts) in action for Sweden against Brazil in the World Cup final in Stockholm. Brazil went on to win the match and become World Champions with a 5-2 victory. (Photo by Keystone/Getty Images)

Tuan rumah Sweden diundi bersama Wales, Hungary dan Mexico dalam Kumpulan 3. Juara bertahan, Jerman Barat pula diletakkan Ireland Utara, Czechoslovakia dan Argentina.

Tetapi, Brazil menjadi kuasa baru bola sepak dunia dengan menjuarai kejohanan ini. Pele, menjadi sebutan masyarakat dunia dengan aksi memukau. Pasukan Samba itu menewaskan Sweden di hadapan penyokong sendiri dengan skor 5 berbalas 2.

Penutup

Sehingga 1958, hanya 4 negara sahaja menjuarai Piala Dunia. Pada ketika itu, Uruguay dan Itali memegang rekod bersama 2 kali menjuarai Piala Dunia.

Siri akan datang pula akan membawakan sedikit bingkisan dan kisah bagaimana perlaksanaan undian Piala Dunia dibuat untuk edisi 1962, 1966 dan 1970.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN