Bola Sepak Indonesia: Lebih Maju Dari Malaysia Selepas Menjalani Tempoh Penggantungan?

bola sepak Indonesia

Saya berpengalaman ke negara jiran ini ketika tempoh PSSI (Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia) dan seluruh kegiatan bola sepak Indonesia digantung.

Saya berada di sana lebih kurang seminggu untuk melawat kelab bola sepak PS Barito Putera serta Arema Malang sekitar Ogos 2017.

Ketika kita mentertawakan Ricky Nugraha serta warga bola sepak Indonesia khususnya, mereka telah berubah ketika itu. Mereka tampak lebih bersedia dalam mempersiapkan liga yang baru serta melakukan revolusi secara besar-besaran.

Untuk saya berbicara soal Persebaya atau PSS Sleman, saya yakin berpuluh-puluh anak muda dari Malaysia sendiri telah terbang sendiri untuk mengetahui hal tersebut.

Dari segi pengurusan kelab, kelab-kelab bola sepak Indonesia kebanyakkannya telah berubah dan kini lebih mesra penyokong walaupun ada sesetengah dari mereka yang masih belum menyelesaikan beberapa masalah dengan penyokong.

Keperluan engagement yang baik antara akan memberikan satu perasaan puas hati kepada penyokong. Transparency sebarang laporan kewangan kelab juga adalah sesuatu yang sangat memberikan rasa puas hati penyokong dengan kelab.

PSS Sleman antara kelab yang memulakan langkah-langkah untuk terus transparent tanpa sebarang rahsia termasuklah laporan audit kewangan.

Saya sempat mewawancara pegawai pemasaran PS Barito Putera, Wira Pratama yang juga merupakan pengurus penyokong PSS Sleman wilayah Kalimantan Selatan mengenai jualan merchandise kelab PS Barito Putera secara bulanan.

Secara purata mereka memperolehi hasil jualan yang memberangsangkan iaitu lebih kurang RM20,000 sebulan dari hasil jualan merchandise termasuklah jersi rasmi kelab dan lain-lain.

Di Malaysia adalah sukar untuk melihat jersi yang merupakan keluaran Malaysia, jika ada pun cuma Al-Ikhsan dan harganya adalah sekitar RM80 (jersi pasukan Perak melebihi RM100).

Namun, situasi yang berbeza berlaku di Indonesia apabila kelab-kelab di sana lebih memilih untuk menggunakan jenama pakaian sukan yang Made In Indonesia dimana kelab sendiri boleh mengawal jumlah keluaran jersi untuk setiap bulan serta harga yang boleh dijual lebih murah dari harga jersi kelab-kelab di Malaysia.

Bukan di Malaysia tidak mempunyai pengeluar-pengeluar jersi yang berkaliber seperti Extravaganza Futsal Shop lakukan bersama Shah Alam Antlers. Itu belum kita ambil kira Kaki Jersi, Tiki-Taka Design yang turut bergiat aktif bekerjasama dengan kelab-kelab kecil di Selangor.

Apabila pengeluaran jersi dapat dikawal oleh kelab, saya yakin dan percaya, isu jersi cetak rompak tidak lagi menjadi masalah.

Kebanyakkan kelab-kelab Indonesia juga sedang menuju kearah sistem tiket online yang efisien serta memudahkan melalui laman sesawang kelab.

Bagi ahli kelab, anda boleh membeli tiket perlawanan liga sekitar lima hari lebih awal berbanding penyokong biasa. Penjualan awal tiket ini biasanya akan dibuat di kedai kelab yang kebiasaannya terletak di tengah bandar kerana stadium kelab-kelab mereka terletak di luar bandar.

Seperti PS Barito Putera, kelab mereka telah menggunakan sistem tempat duduk bernombor untuk grandstand bagi memudahkan penyokong setia mereka dan walaupun kapasiti stadium mereka sekitar 15 ribu tempat duduk, pengurusan kelab hanya mengeluarkan sekitar 12 ribu tiket bagi memudahkan kawalan keselamatan di stadium.

Wira Pratama juga turut berkata kepada saya yang mereka juga turut menyediakan booth-booth bagi semua penaja mereka sebagai contoh Hasnur Group (syarikat konglomerat di Kalimantan Selatan), Bank Kalsel (bank yang utama di Kalimantan Selatan), Go-JEK (perkhidmatan teksi motorsikal) serta pelbagai lagi.

Adakah kelab Malaysia masih belum belajar mengenai cara untuk meningkatkan return of investment penaja yang menaja?

Bercerita mengenai ini sahaja sudah boleh menunjukkan betapa jauh kelab-kelab bolasepak kita yang ketinggalan selain kelab bolasepak Johor Darul Takzim.

Tidak semua negeri memerlukan putera raja untuk mengemudi pasukan kelab bolasepak negeri tersebut, cukuplah manusia-manusia yang sepenuh hati berjuang untuk melihat kelab mereka diuruskan dengan baik yang mana sudah tentu akan menyumbang kepada keputusan yang baik di atas padang serta boleh menyumbang kepada mata ranking bolasepak FIFA untuk negara yang bernama Malaysia.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Muhammad Sofwan Zulkepli . Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN