Postecoglou Ambil Keputusan Untuk Tinggalkan Australia

Skuad kebangsaan Australia menerima tamparan hebat apabila jurulatihnya, Ange Postecoglou mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan tidak akan membimbing pasukan negara itu di Kejohanan Piala Dunia tahun depan di Russia.

“Selepas berfikir panjang dan berbincang, saya mengambil keputusan untuk menamatkan perjalanan saya selaku jurulatih skuad Socceroos, ” katanya kepada sidang media di Sydney.

“Ia merupakan keputusan yang sukar dalam hidup saya dan bukan penamat dalam kerjaya yang saya telah mulakan dari awal tetapi pada masa yang sama, saya tahu inilah masa yang sesuai dan saya membuat keputusan yang betul,” jelasnya.

Laporan media dari Australia sebelum ini menyatakan jurulatih tersebut enggan melaporkan khabar angin yang menyatakan beliau akan meletak jawatan selepas membantu skuad Socceroos mara ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia.

Ketua Eksekutif Federasi Bolasepak Australia (FFA), Davied Gulp berkata, beliau sebenarnya kecewa dan masih keliru tetapi beliau menghormati keputusan yang telah dibuat oleh jurulatih tersebut.

“Tindakan yang seterusnya akan dilaksanakan, kami tidak akan tergesa-gesa.

“Pasukan kebangsaan masih ada masa yang panjang untuk mencari pengganti dan kami perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan itu,” jelasnya.

Skuas Australia meraihkan kejayaan menewaskan Honduras ketika perlawanan Play-Off kelayakan Piala Dunia pada 15 November 2017. / AFP PHOTO / Saeed KHAN /

Australia menempah tiket ke Piala Dunia buat kali ke empat minggu lalu apabila menewaskan Honduras melalui aggregat 3-1 ketika perlawanan Play-Off.

Postecoglou yang berusia 52 tahun dilahirkan di Greece sebelum berhijrah ke Australia ketika berusia 5 tahun.

Beliau menandatangani kontrak selama 5 tahun sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Australia bagi menggantikan German Holger yang dipecat oleh FFA.

Beliau juga pernah memenangi kejuaraan A-League dengan pasukan Brisbane Roar dan gemar mengamalkan corak permainan yang laju, aggresif dan hantaran pendek. -AFP

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN