Romelu Lukaku Terpaksa Bayar Denda Elak Dipenjara

Romelu Lukaku mengelakkan diri daripada dipenjara dengan menjelaskan denda selepas polis terpaksa berulang kali memberi amaran terhadap bunyi bising dari parti yang dianjurkan oleh penyerang itu pada musim panas lalu.

Polis Los Angeles terpaksa bertindak selepas menerima 5 aduan daripada penduduk setempat dalam tempoh 5 hari penyerang antarabangsa Belgium itu menginap di sebuah kediaman mewah di Beverly Hills, sebelum ditahan oleh pihak polis.

(Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Parti berkenaan dianjurkan oleh Lukaku pada ketika perpindahan beliau bernilai £75 juta dari Everton ke Manchester United baru sahaja diumumkan di England.

Untuk itu, penyerang Manchester United tersebut akan menjelaskan denda sebanyak £340 untuk mengelakkan pemain itu menjalani hukuman penjara selama 6 bulan oleh Mahkamah di Los Angeles.

Pesuruhjaya Jane Godfrey yang terlibat dengan kes berkenaan dipetik sebagai berkata:

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembela telah mencapai satu persetujuan bahawasanya tertuduh (Romelu Lukaku) harus terlebih dahulu menjelaskan denda sebanyak £340 kepada Jabatan Polis Beverly Hills kerana terpaksa bertindak menahan tertuduh walaupun telah memberi amaran berulang kali.”

“Dengan berbuat demikian, ia akan membenarkan pihak mahkamah Los Angeles untuk mengubah pendakwaan kepada menimbulkan gangguan sehingga menganggu ketenteraman awam.”

“Mahkamah kemudiannya akan mengenakan denda sebanyak £76 mandatori untuk kesalahan tersebut beserta segala kos dan penalti yang difikirkan wajar oleh pihak mahkamah.”

Bicken back being bool ?… @paulpogba

A post shared by Romelu Lukaku (@rlukaku9) on

“Jika Lukaku gagal menjelaskan denda tersebut, pendakwaan asal akan membenarkan mahkamah menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara atau denda sebanyak £760,” jelas Pesuruhjaya Jane Godfrey.

James Eckart, pendakwaraya yang mewakili bandar Los Angeles dan peguam kepada Lukaku, Robert Humphreys bersetuju dengan penyelesaian tersebut.

Lukaku dilaporkan melengkapkan perpindahan ke Old Trafford selepas 8 hari penahanan beliau pada Julai lalu. Penahanan Lukaku dilaporkan berlaku oleh pihak polis pada 2 Julai yang lalu.

(Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Beberapa hari selepas dilepaskan oleh pihak polis, Lukaku turut memuatnaik sebuah gambar di dalam Instagram di sebuah apartment bersama-sama dengan pemain tengah Manchester United, Paul Pogba.

Kes melibatkan penyerang berusia 24 tahun ini akan di sebutkan semula di Los Angeles Airport Courthouse pada 18 Disember depan, di mana peguam Lukaku akan membayar jumlah keseluruhan denda bernilai £416, £30 wang pemprosesan dan penalti-penalti lain yang akan ditetapkan kemudian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN