Conte Tidak Berminat Dengan Jawatan Ketua Jurulatih Itali

Antonio Conte

Antonio Conte secara rasmi menolak spekulasi untuk mengambil alih Itali sebagai jurulatih kebangsaan dengan menegaskan, beliau kekal komited dengan Chelsea.

Penggantinya sebelum ini, Giampiero Ventura dipecat Rabu lalu selepas Itali gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958 susulan kekalahan 0-1 kepada Sweden dalam perlawanan playoff kelayakan Piala Dunia.

“Buat masa ini saya sangat fokus untuk melakukan yang terbaik bersama Chelsea dan saya sangat komited kepada kelab ini.

“Saya mahu membina satu asas bagus dengan pasukan ini. Kami berjaya memenangi Liga Perdana England musim lalu tetapi semua orang mengetahui kami masih perlu berusaha keras.

“Perasaan saya sama seperti orang-orang Itali yang lain. Pertama, saya sa­ngat sedih kerana ia seperti satu tamparan hebat kepada bola sepak Itali,” katanya ketika menjawab sama ada beliau mahu kembali menyertai Itali.

“Kamu terlepas bermain pada Piala Dunia sejak 60 tahun dan kamu harus menyedari betapa pentingnya bola sepak di Itali. Bola sepak adalah minat paling utama buat setiap orang namun saya fikir kamu harus mencari jalan bersama-sama menyelesaikan masalah ini.

“Setiap orang di Itali harus bertanggungjawab dengan kegagalan ini, bukannya menyalahkan dua atau tiga orang sahaja,” tegas Conte

Difahamkan, Carlo Ancelotti menjadi calon utama untuk mengambil alih skuad The Azzurri meskipun Conte turut berada dalam radar Itali tetapi pengurus The Blues itu menafikan berminat dengan jawatan tersebut.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN