Hidung Sergio Ramos Patah Ditendang Oleh Pemain Atletico Madrid

Perlawanan La Liga di antara Real Madrid dengan Atletico Madrid kelmarin menyaksikan Kapten Real Madrid, Sergio Ramos berlumur darah patah hidung apabila ditendang oleh salah seorang daripada pemain Atletico Madrid.

Ramos digantikan pada rehat separuh masa pertama dalam perlawanan yang berakhir tanpa jaringan di Wanda Metropolitano, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona.

“Selepas ujian dijalankan ke atas Sergio Ramos yang dikendalikan pasukan perubatan Real Madrid, dia mengalami kecederaan patah hidung,” kata pasukan itu menerusi satu kenyataan.

Real berang apabila pengadil, David Fernandez Borbalan tidak menghadiahkan sepakan penalti selepas kaki Lucas Hernandez hinggap di muka Ramos pada aksi terbabit.

Real Madrid tidak menyatakan tempoh Ramos bakal diketepikan, namun media tempatan, Marca melaporkan dia akan kembali dengan bantuan topeng pelindung muka pada aksi bertemu Malaga di Santiago Bernabeu, minggu depan.

“Saya sanggup untuk mengalami kecederaan demi lencana dan jersi pasukan ini,” kata Ramos menerusi akaun Twitternya dengan dia turut mengepilkan gambar mukanya yang berdarah.

“Terima kasih untuk sokongan anda. Saya akan kembali secepat mungkin.”

Ramos dijangka bakal diketepikan bagi aksi Liga Juara-Juara menentang APOEL Nicosia, selasa ini dengan kemenangan akan mengesahkan tempat Real Madrid ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN