Thiago Aquino Jelaskan Beliau Tidak Bersara Dan Masih Boleh Beraksi

Shahrul Saad

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai berita pemain import pertahanan Perak, Thiago Aquino tidak akan bersama pasukan Perak musim depan kerana memilih untuk bersara daripada arena bola sepak.

Berita itu ternyata tidak benar kerana Thiago tampil menafikan bahawa dia bersara dan masih boleh beraksi dalam beberapa tahun lagi. Kami kongsikan kenyataan rasmi daripada beliau sendiri yang diterima melalui applikasi whatsapp.

“kepada tuan, berdasarkan beberapa kenyataan dari media sosial mengenai berita persaraan saya, saya ingin menjelaskan kenyataan yang sebenarnya kepada para penyokong.

“Saya telah membaca di laman sosial mengenai pengumuman saya akan bersara pada musim hadapan. Ianya tidak benar. Saya rasa saya masih boleh bermain dan berada ditahap terbaik dalam tempoh 2-3 tahun lagi.

Thiago sentiasa memberikan yang terbaik untuk pasukan Perak walaupun dilanda kecederaan.

“Sepanjang 3 musim bersama Perak, saya tidak pernah tertinggal satu perlawanan disebabkan oleh kecederaan ataupun ponteng sesi latihan. Tahap kecergasan saya masih ditahap terbaik dan saya sudah bersedia untuk menghadapi mana-mana perlawanan.

“Ejen saya telah dihubungi oleh beberapa pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya tetapi saya masih belum membuat keputusan dimana saya akan bermain pada musim hadapan.

“Tambahan pula, Perak FA tidak lagi menghubungi saya ataupun ejen saya untuk bercakap mengenai masa depan saya.

“Saya bersedia mendengar apa-apa yang ditawarkan oleh Perak FA memandangkan saya telah menikmati segalanya sepanjang 3 musim berada di sini dan masih sayang pada Perak, bandar nya, dan juga para penyokongnya yang menyokong saya dari mula hingga akhir liga.

“Saya dapat rasakan semangat kekeluargaan yang rapat dalam pasukan Perak sepanjang berada di Ipoh,” jelasnya.

 

Kenyataan rasmi Thiago Aquino yang dikongsikan melalui whatsapp.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN