FIFA Tidak Iktiraf Rekod Jaringan Romelu Lukaku

Romelu Lukaku menjaringkan gol ke-31 antarabangsanya bersama Belgium pada Selasa lalu. Jaringan tersebut bermakna Lukaku juga telah memecahkan rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman untuk Belgium.

Persatuan Bola Sepak Belgium (Belgium FA) turut meraikan pencapaian Lukaku tersebut dengan memuatnaik satu kenyataan di laman media sosial Twitter mereka.

Akaun Twitter Belgium FA tersebut menyatakan bahawa Lukaku telah memecahkan rekod 30 gol yang dipegang oleh Bernard Voorhoof dan juga Paul van Himst sebelum ini.

Kenyataan tersebut membuatkan penyokong Belgium dan Manchester United dari seluruh dunia mula menghamburkan pujian terhadap penyerang berusia 24 tahun itu di pelbagai platform media sosial.

( Photo by Jimmy Bolcina / Photonews via Getty Images)

Namun demikian, FIFA menafikan rekod yang dicatatkan oleh Lukaku, setelah penyerang yang berpindah ke Old Trafford dari Goodison Park dengan nilai £75 juta itu menjaringkan satu-satunya gol dalam kemenangan 1-0 ke atas Jepun pada Selasa lalu.

Berdasarkan rekod yang dimiliki oleh FIFA, Lukaku hanya menjaringkan 28 gol untuk Belgium. Ini bermakna Lukaku masih ketinggalan 3 gol untuk memecahkan rekod jaringan sepanjang zaman pasukan Belgium.

Sebab utama perbezaan rekod yang dimiliki oleh Belgium dan FIFA ialah kerana badan bola sepak dunia itu tidak mengiktiraf kemenangan 5-1 Belgium ke atas Luxembourg dalam satu perlawanan persahabatan pada 2014.

( Photo by Vincent Kalut / Photonews via Getty Images)

Dalam perlawanan tersebut, Lukaku menjaringkan hatrik. Tetapi FIFA mempunyai sebab teknikal yang munasabah untuk tidak mengiktiraf perlawanan tersebut.

Belgium yang pada ketika itu di bawah kendalian Marc Wilmot melakukan terlampau banyak pertukaran pemain yang melebihi syarat FIFA untuk sesuatu perlawanan persahabatan itu diiktiraf oleh FIFA.

Marc Wilmot melakukan 7 pertukaran pemain sepanjang perlawanan, melangkaui 6 yang dibenarkan oleh badan bola sepak dunia itu untuk perlawanan persahabatan.

(Photo by AMA/Corbis via Getty Images)

Rekod lain yang turut terjejas kerana syarat tersebut ialah penampilan bekas pemain tengah Manchester United, Adnan Januzaj yang membuat debut pertamanya bersama Belgium dalam perlawanan tersebut.

Ini bermakna Januzaj turut terpaksa mengubah jumlah penampilan bersama Belgium disebabkan perlawanan tersebut tidak berada di dalam rekod FIFA.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Perkhabaran ini pasti akan mengecewakan bintang Manchester United yang telah menjaringkan 11 gol untuk kelabnya sejak berpindah ke Old Trafford pada musim panas yang lalu.

Namun demikian, penyerang tersebut dijangka tidak akan mempunyai masalah untuk memecahkan rekod 30 gol milik Bernard Voorhoof dan juga Paul van Himst, mengambil kira usianya baru sahaja menjangkau 24 tahun.

Romelu Lukaku masih mempunyai perjalanan yang panjang untuk mengumpul rekod jaringan peribadinya bersama Belgium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN