Nelo Vingada memberikan penilaian beliau tentang kegagalan skuad Malaysia dalam 2 perlawanan menentang Korea Utara untuk perlawanan kelayakan Piala Asia.
Malaysia kalah dalam 2 perlawanan dengan jumlah skor yang sama iaitu 4-1. Perlawanan dilangsungkan di gelanggang berkecuali di i-Mobile Stadium, Buriram, Thailand.
Menurut pengendali skuad kebangsaan yang digelar Sang Profesor itu, perlawanan menentang Korea Utara adalah perlawanan sukar dan ia memerlukan masa beberapa bulan untuk mempersiapkan diri. Beliau berkata:
“Berdepan pasukan seperti Korea Utara, kita perlu membuat persediaan rapi, dalam beberapa bulan dan bukan beberapa hari seperti dilakukan sebelum ini.”
“Kita tiba di Buriram 7 November, dan menjalani latihan pertama hari berikutnya dan turun beraksi pada 10 Nov dan tiga hari kemudian,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Korea Utara di Stadium i-mobile di sini, malam ini.”
Nelo Vingada yang melakukan 6 pertukaran drastik dalam perlawanan kedua masih gagal untuk mecari formula kemenangan pertama sejak beliau mengendalikan pasukan Malaysia.
Vingada juga memuji aksi 6 pemain B-22 yang diserapkan beliau kali ini.
“Penjaga gol kita tidak banyak selamatkan bola sepanjang perlawanan. Namun kita agak leka ketika sepakan percuma sehingga membolehkan Korea Utara menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama.”
Ia sekaligus dmemusnahkan harapan Malaysia untuk kembali memberikan tentangan. Vingada menggariskan aspek bertahan untuk bola mati berhadapan dengan lawan lebih tinggi antara masalah utama skuad Malaysia.