PSG Perlu Jana Keuntungan €80 juta Untuk Elakkan Melanggar FFP

Paris St. Germain (PSG) kini perlu mendapatka €80 juta keuntungan dalam kelab mereka untuk memastikan mereka tidak melanggar Financial Fair Play (FFP).

Sebelum ini PSG gagal untuk menjual beberapa pemain mereka termasuk Angel Di Maria yang dilaporkan menarik minat Barcelona. Jumlah perbelanjaan mereka yang terlampau tinggi memberikan impak kepada had yang telah ditetapkan oleh FFP.

PSG berhadapan dengan masalah untuk menjual pemain dengan harga tinggi kerana banyak kelab tahu mereka perlu menjual pemain untuk memastikan mereka tidak dikenakan tindakan oleh FFP.

PSG menyenaraikan beberapa pemain utama mereka untuk dijual termasuk Lucas Moura, Angel Di Maria dan juga Julian Draxler.

Satu laporan oleh media Perancis menyatakan audit oleh UEFA ke atas mereka baru-baru ini mendapati mereka kini defisit €80 juta daripada paras minima yang diletakkan oleh FFP.

Namun pemilik PSG yakin mereka akan dapat angka tersebut kerana publisiti yang mendadak hasil pembelian Neymar. Namun UEFA buat masa ini kurang yakin dengan idea bahawa publisiti Neymar ini boleh membawa wang yang boleh menutup angka €80 juta.

Nasser Al-Khelaifi yakin akan dapat menaikkan lagi jumlah penajaan kelab daripada syarikat seperti Nike, dan Emirates. Seterusnya adalah, PSG juga berpendapat PSG akan dapat bayaran yang lebih tinggi daripada hak penyiaran.

Ini bermakna, PSG kini mengharapkan Monaco untuk terus kekal dalam UCL. Jika Monaco disingkirkan daripada UCL di peringkat awal, ia memberikan masalah kepada hasil pendapatan daripada penyiaran oleh kelab Perancis

Jika hal itu berlaku, paling tinggi pun PSG akan dapat adalah sekitar €8 juta. Untuk Kylian Mbappe, PSG meminjam pemain ini untuk musim ini dan angka pembayaran Mbappe adalah untuk akaun pada musim hadapan.

Adakah PSG akan dapat menjana keuntungan €80 juta daripada operasi mereka? Jika gagal mereka bakal berdepan dengan masalah dan dikenakan tindakan oleh UEFA. Antara hukuman yang berat diterima mereka adalah larangan beraksi di kejohanan Eropah termasuk UCL dan UEL.

CFCB (Club Financial Control Body) dijangka akan mengeluarkan laporan penuh audit mereka pada akhir Januari ataupun paling lewat pada Februari.

Jadi, pada Januari ini PSG pastina berharap dapat menjual beberapa pemain bintang mereka ke kelab lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN