Awal pagi tadi berlangsungnya dua aksi perlawanan play-off Piala Dunia bagi zon Eropah. Ireland Utara melayani kunjungan Switzerland di Belfast. Manakala Croatia menentang Greece di laman sendiri.
Ireland Utara hampir ikat Switzerland
https://www.youtube.com/watch?v=JmftL-qdp_g
Perlawanan pertama ini menyaksikan kedua-dua pasukan hampir tiada gol dijaringkan. Segalanya berubah pada minit ke-58, apabila Ricardo Rodriguez menjaringkan gol melalui sepakan penalti untuk pasukan pelawat.
Pengadil memberikan sepakan penalti apabila Corry Evans menjatuhkan pemain lawan di dalam kotak penalti.
Switzerland mendahului agregat dengan 1 gol tanpa balas. Aksi timbal balik yang akan berlangsung di Windsor Park pada 13 November.
Croatia hampir pasti layak
https://www.youtube.com/watch?v=6pPSH1tT1vg
Croatia mendahului permainan seawal minit ke-13 juga melalui hadiah sepakan penalti yang disempurnakan oleh bintang Real Madrid, Luka Modric. 6 minit selepas itu, anak buah Ante Cacic menambah satu lagi gol melalui Nikola Kalinic.
Sokratis Papastathopoulos menjaringkan gol Greece pada minit ke-3o untuk merapatkan kedudukan.
Sejurus selepas itu, Croatia mengembalikan kelebihan 2 gol pada babak pertama perlawanan apabila Ivan Perisic menjaringkan gol ketiga Croatia pada minit ke-33.
Andrej Kramaric melengkapkan kemenangan selesa tuan rumah apabila menambah gol keempat untuk pasukanya. Gol oleh Kremaric yang merupakan gol ke-4 Croatia pada malam tadi hadir pada minit ke-49, lantas menyukarkan Greece untuk perlawanan timbal balik kemudian.
Greece juga akan berhadapan dengan Croatia pada 13 November untuk menentukan pasukan manakah yang akan mara ke Rusia pada tahun hadapan.
Aksi play-off lain
Baki lagi 2 perlawanan play-off menyaksikan Sweden akan menentang Itali pada 3.45 pagi, 11 November (waktu Malaysia). Manakala Denmark pula akan berhadapan Republik Ireland pada 3.45 pagi, 12 November (juga waktu Malaysia).
Pasukan manakah pilihan anda untuk mara ke Rusia pada kejohanan bola sepak berprestij ini. Atau anda ingin lihat pasukan yang sudah lama menyepi kembali ke Piala Dunia?