Apa yang kita faham tentang DNA bola sepak? Ianya antara words clouds yang kerap muncul dalam bola sepak Malaysia. Pada 2017, Nelo Vingada menyatakan diberikan peringatan oleh Presiden FAM ketika itu -TMJ – agar memperbaiki aspek DNA bola sepak Malaysia.
Tidak lama selepas itu, FAM melanti Peter De Roo sebagai Pengarah Teknikal – salah satu sasaran indeks prestasi beliau adalah – DNA bola sepak.
Tak lupa juga, pada satu tahap SehinggakansTMJ mahu mewujudkan forum untuk membincangkan DNA bola sepak Malaysia.
Pada 31 Oktober 2018, isu DNA bola sepak sekali lagi diberikan penekanan dalam Roadmap F:30 FAM (2019-2030). Ini adalah petikan daripada muka surat 25 halatuju F:30 itu.
DNA Bola Sepak
Ramai yang boleh menjelaskannya sebagai cara bermain. Namun begitu, apabila disebut DNA ia lebih mutlak. Jika satu pasukan itu adalah tubuh badan, style of play itu adalah DNA.
DNA-lah yang terkandung di dalam semua anggota badan termasuk rambut, kuku, kulit dan sebagainya. Jadi, untuk wujudkan DNA baru bukan mudah. Kita perlu suntik unsur yang baru di dalam badan ini tadi.
DNA bola sepak Sepanyol era tiki taka
Ketika Sepanyol mencari formula untuk berjaya dalam bola sepak, mereka duduk semeja dan mengenalpasti beberapa pasukan memiliki DNA bola sepak yang boleh diketengahkan.
Pasukan Barcelona dan Real Madrid telah menjadi tulang belakang ataupun backbone kepada DNA ini. Tidak lupa juga pasukan seperti Valencia yang dahulu ada pemain-pemain yang lincah.
Cara 3 kelab ini bermain telah menjadi DNA utama bola sepak Sepanyol. Namun begitu, pada satu fasa, Sepanyol memutuskan bahawa, mereka akan bermain dalam system tiki taka.
Jadi, skop DNA ini dikecilkan dan diperincikan – ia tak bermakna pemain daripada Real Madrid yang tidak tiki taka tak boleh bermain untuk Sepanyol secara taktikal.
Pemain-pemain ini diberitahu, ini cara kita bermain. Asasnya adalah tiki taka. Tetapi sudah lebih sedekad, kita melihat Real Madrid dan Barcelona menjadi backbone utama kepada DNA bola sepak Spain.
Valencia pula semakin bermasalah dari segi kewangan untuk mengekalkan pemain-pemain berkualiti.
Kenapa Sepanyol ketika itu memilih tiki taka?
Hal ini kerana mereka mengambil kira data daripada pemain sedia ada dan pemain muda mereka (yang bakal menjadi pemain utama) yang ramai berfizikal kecil.
Jadi, untuk bermain seperti pasukan Jerman atau Itali, ia tak sesuai. Selepas Sepanyol menemui cara mereka bermain, difahamkan ia bermula setelah mereka disingkirkan daripada Piala Dunia di Jepun dan Korea Selatan.
Sebelum itu, mana ada tiki taka? Tetapi corak permainan Barcelona adalah asasnya total football. Tiki taka pun asasnya total football. Cuma tiki taka adalah permainan bola sepak yang lebih banyak pertukaran hantaran, body feint dan diverting dalam posisi.
Pemain Real Madrid tak perlu datang melapor diri di kem kebangsaan dan buat kepala menyatakan, kami hari tu menang UCL, kenapa perlu main tiki taka?
Mereka ada kualiti teknikal yang boleh bermain dalam system tiki taka. Pemain seperti Ramos asalnya bek kanan. Terima kasih kepada Mourinho kerana menukar dia ke bek tengah.
Dalam tiki taka, Sergio Ramos terlalu besar untuk menjadi fullback. Tapi untuk bek tengah tiki taka, Ramos memang sesedap rasa. Bagus dalam kawalan bola dan boleh mengiring.
DNA Jerman dengan Juego di Posicion
Selepas menjengah era moden dalam bola sepak. Jerman mahu lari daripada DNA bola sepak terlalu Jerman yang fizikal dan perlukan endurance berbanding dengan ‘otak’.
Sebelum 2010, Jerman berasaskan kelab seperti Bayern dan Schalke. Masa tu Schalke sangat kuat. Malangnya dari 2000-2010, 4 kali mereka naib juara.
Selepas kemasukan Pep Guardiola ke Jerman memberikan manfaat kepada bola sepak Jerman. Perkembangan taktikal gegenpressing klopp yang di Dortmund pula semakin menarik. Ia moden!
Lalu, Joachim Loew datang ke kem Bayern untuk belajar tentang bola sepak yang digelar pep Juego di posicion dalam 4-2-3-1. Dengan adanya perkembangn positif di Dortmund dan perubahan DNA taktikal di Bayern.
Jerman menjadikan 2 pasukan ini sebagai core kepada DNA bola sepak mereka. Jerman mengecapi banyak kejayaan dengan 4-2-3-1 football termasuk Piala Dunia 2014.
Memanglah mereka selalu tukar formasi lain. Tapi aku gariskan asas 4-2-3-1 sebagai formasi utama. Beberapa bulan lalu, Loew berkata yang beliau mungkin akan menukar system 4-2-3-1. Jerman mencuba beberapa system lain termasuk back 3 system, 4-3-3.
Walaupun formasi mereka berbeza tetapi asas bola sepak mereka adalah juego di posicion. Sebab tu anda akan baca ada penulis mereka risau dengan kemerosotan Bayern Munich (mereka ni kalau Bayern tak menang tiap minggu dianggap merosot) dan beberapa pemain Jerman di Bayern akan akan memberikan impak kepada Jerman.
Ia merisaukan mereka. Pernah tak anda dengar wartawan sukan kita risau dengan kemerosotan Pahang, Selangor, Kedah atau JDT?
Pada hari ini, jurulatih muda seperti Nagelsmann pula tampil untuk memberikan sinar harapan kepada Jerman dengan pendekatan back 3. Saya tak hairan jika Jerman stagnant dengan bek bertiga selepas Piala Dunia Rusia dan menjadi Nagelsmann sebagai unsur baru dalam taktikal mereka.
DNA Itali
Ramai tida berpuas hati apabila Conte pilih Eder dan Pelle jadi penggempur utama pada Euro 2016. Ini kerana Eder dianggap pemain paling cemerkap, Pelle pula pemain yang lembik.
Kenapa Conte memilih 2 pemain ini dan menjadikan mereka pemain utama? Sebab Conte memilih mereka adalah, 2 pemain ini mirip Morata dan Tevez role di Juventus. Memang la Eder ini tak sehebat Tevez.
Tetapi Conte mahukan pemain yang dapat bola di belakang no.9 dan buat huru hara kepada pertahanan dan cuba link dengan no.9.
Pelle pula target man yang boleh turun bertahan di central area. So, ini penting utk system lebih kepada defensif dan serangan balas.
Asas DNA bola sepak Itali pada 2016 adalah Juventus. Walaupun Juve lebih berkualiti dari segi teknikal, tetapi Conte nak DNA itu kekal.
Kini peningkatan lebih baik kesemua pasukan termasuk Inter Milan, Roma, Napoli, Lazio dan Milan, membolehkan Itali lebih banyak pilihan selain daripada Juventus.
Di Juventus Conte ada tireless worker seperti Pogba dan Vidal. Di Itali, Conte menggunakan Giacherini dan Candreva. Giacherini ketika itu, dekat Sunderland pun jadi pemain simpanan.
Tetapi dia sesuai dengan DNA bola sepak yang Conte mahukan supaya Pirlo tidak terlalu jauh daripada ‘ekosistem’ bola sepak beliau.
England
Sebelum ini, di England sebelum ini backbone kepada DNA mereka bukannya Arsenal kerana ia tak sesuai dengan bola sepak Inggeris.
Aston Villa, Man. Utd. Liverpool, Spurs antara yang menjadi tulang belakang DNA mereka ini. Kenapa beberapa musim ini, penganalisis mereka risau bila kelab seperti United, Chelsea, City, arsenal dan Liverpool tak ramai pemain England?
Ini kerana, kelab besar ini boleh menjadi rujukan utama DNA bola sepak mereka. Kerana kelab besar ini ada coaching staff yang berkualiti.
Mujurlah sekarang ini Spurs di bawah Pochettino aktif menyumbangkan pemain kepada England. Spurs adalah DNA bola sepak England sekarang ini.
Kenapa Southgate berpusing-pusing dengan sistem bek bertiga atau berempat yang mirip dengan taktikal ala spurs? Anda dah boleh jawab sekarang.
Realiti di Malaysia
Harus diakui, kita harus menjadikan pasukan seperti JDT sebagai rujukan untuk memulakan DNA. Namun aspek ini tak pernah kita tekankan. Pemilihan pemain lebih kepada rigid. Tiada penekanan cara kita bermain. Kita gagal bercakap dalam 1 bahasa ataupun bekerja dengan 1 cara.
Sebelum menjadi jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ada usaha membentuk 4-2-3-1 yang cantik di Kedah. Itu antara contoh terbaik yang pernah ada di negara kita – cara membentuk DNA bola sepak.
Kami sebelum ini mahukan DNA Kedah – dan perbaiki isu zonal marking – ini dibawa ke kem Malaysia kemudian gabungkan dengan cara permainan pasukan seperti JDT.
Cari satu cara nak bermain. Namun apa dah jadi di Kedah, semakin lama, DNA bola sepak mereka semakin hilang dan hari ini mereka bergelut dan hilang identiti bermain.
Apa sebenarnya DNA bola sepak kita. Macamana ciri-ciri pemain yang coach nakkan untuk mengisi DNA ini?
Bila jurulatih dah ada DNA yang jelas, pemain-pemain di kelab atau pasukan negeri akan tahu. Kalau mereka nak main Malaysia, aku perlu tahu cara bermain long ball sepanjang 90 minit. Itu sebagai contoh lah.
Tapi sesuai ke long ball dengan bola sepak kita? Kita pernah mengarahkan Safiq Rahim bermain false 9 ketika menentang Hong Kong pada 2017 – tetapi dengan corak permainan bola lambung.
Jara ada negara di planet bumi ni main false 9 dengan long ball. Mungkin ia akan jadi DNA unik jika mahu kekalkan. Namun kajian dan perlaksanaan haruslah mantap.
Jadi, bila DNA ni dah ada dan staf kejurulatihan dan memberitahu ini cara kita bermain, mereka akan ada pemantau bakat ini yang juga akan menggunakan garis panduan DNA ini dalam memantau bakat.
Di peringkat kelab kita sukar melihat ada kelab yang ada DNA tetap kerana pergerakan pemain keluar masuk pada musim baru terlalu kritikal.
Pasukan yang baik tidak akan hilang lebih daripada 7 pemain skuad utama (25 men squad). Ada jurulatih akan panik kalau hilang 5 daripada senarai 25 pemain ini.
Apabila hal ini berlaku, jurulatih tidak akan membentuk pasukan yang ada DNA. Mereka akan membentuk pasukan untuk menang piala semata-mata dan kemudian memuaskan hati presiden.
Rumusan
Piala itu penting! Tetapi DNA itu akan membuatkan sesebuah pasukan itu lebih konsisten. Lebih indah kalau menang Piala dengan adanya DNA.
Bournemouth diberikan publisiti positif kerana mereka ada DNA bola sepak yang jelas. Begitu juga Napoli musim ini.
Itulah yang dilakukan Arsenal ketika era invincibles – Liverpool era Bill Shankly – AC Milan era Sacchi – Barcelona era sextuples dan tiki taka – Manchester United era Alex Ferguson dan Dortmund era Jurgen Klopp.
Mereka bermain dan bercakap dalam bahasa bola sepak yang sama – daripada jurulatih, pemain, pengurusan dan ramai lagi yang terlibat di dalam pasukan.
Kami menyokong aspek DNA bola sepak ini diberikan perhatian dalam F:30 yang dilancarkan pada 31 Oktober 2019 sebagai salah satu aspek penting dalam memacu penanda aras bola sepak Malaysia.
Oleh itu DNA itu perlu dicari, diperinci, difahami!