Lutut Koyak Dan Putus Urat, Hafiz Kamal Berehat Panjang

Hafiz Kamal

Akhbar tempatan daripada Berita Harian, melaporkan pemain tengah Perak, Hafiz Kamal terpaksa berehat panjang serta bakal terlepas aksi awal musim Liga Malaysia 2018 selepas menjalani pembedahan lutut kiri, baru-baru ini.

Hafiz kini berehat panjang dan hanya berjalan dengan menggunakan tongkat.

“Kecederaan kali ini agak serius bila lutut saya mengalami koyak dan putus urat. Ia berlaku semasa saya menjalani latihan untuk menghadapi Pahang pada suku akhir pertama Piala Malaysia pada akhir September lalu.

“Walaupun sudah menjalani pembedahan, namun doktor melarang saya daripada melakukan pergerakan lasak bagi mengelak kecederaan berulang.

“Doktor menjangkakan lutut saya hanya akan pulih sepenuhnya pada Mac atau April depan, itu pun saya dinasihatkan agar tidak terlalu memaksa diri untuk bermain.

“Ini bermakna saya akan terlepas banyak perlawanan awal ketika musim 2018 bermula. Kalau dapat bermain pun mungkin pada Mei atau Jun namun bergantung pula pada tahap kecergasan saya,” kata Hafiz kepada Berita Harian.

Aksi Hafiz ketika menentang JDT dalam Liga Super. (Gambar: JST)

Menurut Hafiz, walaupun akur dengan kecederaan yang menimpa namun ia tetap sesuatu yang mengecewakan dirinya.

“Saya agak bergelut dengan prestasi sendiri semasa baru menyertai Perak. Tapi, bila saya mula mendapat semula sentuhan serta keserasian dengan pasukan, saya ditimpa kecederaan pula.

“Saya sedar, walaupun pulih kelak, bukan mudah untuk saya memperoleh semula kecergasan serta prestasi selepas lama berehat.

“Malah, dengan saingan dalam kalangan pemain yang sangat sengit, saya perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.

Begitupun Hafiz bersyukur kerana pasukan bergelar The Bos Gaurus itu masih menaruh kepercayaan dengan mengekalkan khidmatnya bersama pasukan itu sehingga akhir musim 2018.

“Selepas semusim bersama Perak, saya berasa sangat serasi dengan pasukan ini. Kami mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh pada musim depan selepas apa yang kami capai pada musim ini,” kata Hafiz yang pernah menyarung jersi Pahang dan Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN