Kelayakan AFC Bawah 19 Tahun : Malaysia Sedia Lakar Kejutan Petang Ini

Selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut, Malaysia perlu sekurang-kurangnya seri untuk memastikan tempat ke pusingan akhir Kejohanan AFC Bawah 19 Tahun di Indonesia tahun depan.

Anak buah Bojan Hodak tampak sudah bersedia apabila dijadualkan menentang Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan F Kelayakan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 yang berlangsung di Stadium Awam Paju, pukul 2 petang ini.

Namun begitu, Bojan Hodak tidak mahu memandang mudah pada lawan dan mengakui skuad Korea Selatan itu setakat ini masih cemerlang terutamanya selepas meledak 19 gol dan tidak dibolosi sebarang gol sepanjang perlawanan kelayakan.

Katanya, mereka tetap menghormati skuad Korea itu namun dalam masa sama tidak perlu tertekan dan takut malah seharusnya menunjukkan aksi lebih berani dan penuh berdisiplin sekaligus memberi cabaran kepada pasukan tuan rumah itu.

“Moral pasukan berada pada tahap tertinggi selepas meraih tiga kemenangan berturut-turut namun menentang Korea Selatan adalah ujian sebenar buat anak buah saya. Mereka salah satu pasukan terbaik di Asia.

“Saya jangkakan anak buah saya akan berdepan cabaran begitu sukar. Justeru saya mengharapkan mereka dapat menunjukkan disiplin bertahan yang begitu baik sambil mencari peluang untuk melancarkan serangan balas pantas.”

“Secara teknikalnya, pemain Korea Selatan adalah lebih baik berbanding pemain Malaysia apatah lagi beberapa pemain mereka diintai kelab berpengkalan di Eropah. Jadi kami perlu bersedia 150 peratus untuk mengharungi perlawanan esok,” katanya kepada Berita Harian.

Bojan meletakkan sasaran realistik untuk aksi bertemu Korea Selatan petang ini dan dia tetap menyasarkan untuk mencipta kejutan ke atas pasukan lawan.

“Sudah pasti kita turun dengan misi untuk memenangi perlawanan namun harus diingat, kita bertemu pasukan yang memiliki reputasi begitu baik. Jika kita berjaya meraih keputusan seri, itu sudah dianggap satu keputusan yang begitu menakjubkan.

“Saya kira keputusan seri ke atas Korea Selatan sudah cukup untuk melayakkan kita sebagai satu daripada lima pasukan di tangga kedua terbaik,” katanya.

Selepas penarikan diri beberapa pasukan di pusingan kelayakan ini, keputusan menentang pasukan di tangga keempat dan kelima dalam setiap kumpulan tidak akan dikira.

Bagi Malaysia, hanya keputusan ke atas Indonesia dan Korea Selatan akan dikira bagi menentukan kedudukan lima pasukan terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN