3 Pasukan Liga Super Malaysia Buru Aidil Sharin

Ketua jurulatih Home United Aidil Sharin, dikatakan menjadi buruan sekurang-kurangnya 3 pasukan dari Liga Super Malaysia (MSL) untuk mengendalikan pasukan masing-masing bagi saingan pada musim hadapan.

Perkhabaran ini dilaporkan oleh Fox Sports Asia baru-baru ini. Aidil mempunyai rekod yang baik ketika mengendalikan Home United di Liga Singapura.

Kredit: The Strait Times

Pada musim penuh pertamanya sebagai pengendali, Aidil telah berjaya membimbing pasukan Liga S. itu sehingga ke perlawanan akhir Zon ASEAN Piala AFC dan turut menamatkan saingan Liga S di tangga ke-3.

Pencapaian ini sekaligus hampir memastikan Home United akan terus bersaing di pertandingan Piala AFC pada musim hadapan.

Kejayaan Aidil bersama Home United pada musim ini dicapai dengan penuh bergaya. Kelab berkenaan mempunyai corak permainan yang menarik dan merupakan antara kelab paling menyerlah dari rantau Asia Tenggara pada musim ini.

Sepanjang 40 perlawanan dari 4 pertandingan yang disertai oleh Home United, kelab yang tampil dengan gelaran The Protectors ini telah menjaringkan 96 gol, dengan purata 2.5 gol untuk setiap perlawanan.

Home United masih memiliki 2 perlawanan untuk melengkapkan kempen pada musim ini. Mereka akan bertandang ke Tampine Rovers pada 18 November depan, sebelum beraksi menentang Hougang United di tempat sendiri pada 25 November.

Perlawanan menentang Hougang United akan menjadi perlawanan terakhir Aidil jika bekas pemain tengah berusia 40 tahun itu memilih untuk ke Liga Malaysia pada musim hadapan.

Menurut laporan FOX Sports Asia, 3 pasukan dari Malaysia berkenaan sudah mulai melakukan rundingan dengan Aidil; termasuk kemungkinan membawa sekali beberapa pemain Home United beserta staff teknikal pilihan Aidil.

Kredit: ESPN FC

Salah sebuah pasukan yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Aidil ialah Kelantan FA, yang berjaya mengelakkan tersingkir ke saingan 100Plus Liga Premier pada hari terakhir saingan Liga Super Malaysia.

Dua buah lagi pasukan dari Liga Malaysia yang turut dikaitkan dengan Aidil ialah FELDA United dan juga PKNS FC, masing-masing menamatkan saingan Liga Super Malaysia 2017 di tanggaa ke-3 dan ke-7 pada musim ini.

Namun demikian, Aidil enggan memberi sebarang komen berkenaan spekulasi perpindahan tersebut ketika dihubungi oleh wartawan FOX Sports Asia baru-baru ini, walaupun mengakui terdapat minat daripada pasukan daripada Malaysia untuk mendapatkan khidmatnya.

Kredit: ESPN FC

Sebaliknya, Aidil memilih untuk terus memberi fokus kepada baki saingan yang perlu ditempuhi oleh Home United. Aidil dipetik sebagai berkata kepada FOX Sports Asia:

“Home United mempunyai sesuatu yang istimewa pada musim ini. Kelab ini memiliki kualiti dan juga barisan pemain muda berpotensi. Ia adalah satu perkara yang mengujakan.”

“Tidak ada sesiapa yang menjangkakan kami mampu ke perlawanan akhir Zon ASEAN Piala AFC pada musim ini. Kami mahu menghiburkan penyokong dengan corak permainan bola sepak menyerang yang menarik, dan kami sedang melakukannya.”

“Sehingga kini pasukan ini telah berjaya menjaringkan 90 gol daripada 40 perlawanan. Ia adalah satu pencapaian yang baik dari para pemain di dalam skuad ini.”

Kredit: Today Online

“Saya mengharapkan kami mampu menamatkan musim ini dengan kejayaan melalui baki 2 perlawanan.”

Sekiranya Aidil memilih untuk menyertai mana-mana pasukan dari Malaysia, ini bermakna Aidil akan mengikuti jejak langkah 2 bekas pengendali dari Singapura yang pernah membimbing pasukan dalam kancah Liga Malaysia.

Pada 2012, Fandi Ahmad telah dilantik untuk mengendalikan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), sementara V.Sundrammorthy turut pernah berkelana selama semusim bersama Negeri Sembilan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN