Mourinho Bakal Pengurus PSG ?

Wakil kelab Paris Saint-Germain (PSG) telah menawarkan kontrak kepada Jose Mourinho menjadi pengurus gergasi bola sepak Perancis itu musim depan.

Walaupun ramai penyokong Manchester United yang menyangka bahawa ia mungkin taktik pengendali dari Portugal tersebut untuk memberi tekanan kepada lembaga pengurusan Manchester United agar menawarkan kontrak baharu kepadanya, namun spekulasi tersebut tetap bertiup kencang sehingga menerbangkan beberapa atap bumbung rumah jiran.

 Malah, Jose Mourinho sendiri telah memberi bayangan bakal meninggalkan United tidak lama lagi kerana tidak percaya mampu mengakhiri kariernya di Old Trafford.

Bagaimanapun apabila sebuah akhbar tempatan utama di England mengesahkan bahawa pihak pengurusan PSG sedang mengadakan rundingan dengan wakil Mourinho, itu membuktikan jurulatih tersebut tidak bercakap kosong.

Menurut laporan akhbar itu lagi, setakat ini Mourinho belum terdesak untuk meninggalkan United dengan segera, namun PSG tetap membuka pintu kepadanya bila-bila masa sekiranya dia mengubah fikiran secara drastik.

“Pada masa ini, ada sesuatu yang istimewa di Paris. Magis, kualiti, pemain muda…ia menakjubkan,” kata Mourinho kepada The Sun.

. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Spekulasi Mourinho akan menyertai PSG diperkuatkan lagi apabila dia dikaitkan mempunyai hubungan baik dengan pengarah sukan PSG, Antero Henrique kerana kedua-dua mereka pernah bekerja di bawah satu bumbung ketika bersama Porto sebelum ini.

Menyedari situasi itu, United dikatakan sedang berusaha untuk mengekalkan Mourinho yang dilihat sedikit sebanyak berjaya membawa kelab itu kembali ke landasan sebenar sebagai gergasi Liga Perdana Inggeris selepas Louis van Gaal dan David Moyes gagal mengikut jejak kejayaan yang ditinggalkan Ferguson.

Sementara itu, media Britain mendakwa, Mourinho menuntut gaji 3 juta pound (RM16.68 juta) setahun untuk membolehkannya kekal di Old Trafford.

Mourinho turut dikatakan mahu berbelanja besar untuk membawa masuk beberapa pemain baharu pada perpindahan bulan Januari ini.

Manchester United kini berada di suku akhir dalam saingan Carabao Cup dan berjaya ke pusingan seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara. PSG yang memenangi 3 kejuaraan musim lepas kini mendahulu Liga Perancis (Ligue 1) dengan 4 mata di depan Monaco.

PSG tidak lepasi peringkat suku akhir dalam saingan Liga Juara-juara dan mereka mahu Mourinho yang pernah membawa Porto dan Inter Milan menjuarai Liga Juara-Juara merubah nasib pasukan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN