Klinik Bola Sepak Terengganu FA & Raja Permin FC Beri Inspirasi Kepada 64 Pemain Muda

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Inilah yang dilakukan oleh Terengganu FA dengan kerjasama kelab bola sepak amatur, Raja Permin FC pada 20 Oktober 2017 lepas melalui penganjuran klinik bola sepak kepada 64 pemain-pemain muda sekitar Chendering, Dungun dan Kemaman.

Klinik bola sepak ini merupakan anjuran kali kedua selepas kali pertama ia diadakan pada 3 tahun lepas bersama 2 bekas pemain import Terengganu FA, Vincent Bikana dan Marlo Karlovic.

Dalam edisi pengajuran klinik bola sepak kali ini, ia telah disertai oleh barisan pemain Terengganu FA dan ketua jurulatihnya, Irfan Bakti.

Gambar Ihsan: Ahmad Ridhuan – asiana.my – All Sports Images And News Agency

Menurut Presiden Raja Permin FC, Che Ku Ahmad Fakhruddin Che Setia, tujuan klinik bola sepak ini diadakan bukan sahaja sekadar untuk memenuhi tanggungjawab sosial (CSR) Terengganu FA kepada masyarakat setempat.

“Kami di Raja Permin FC mahu memberi pendedahan terus kepada semua peserta klinik daripada idola-idola mereka di Terengganu FA. Selain daripda itu, ia juga mampu meberi inspirasi kepada mereka untuk terus bermain bola sepak,” katanya.

Klinik yang berlangsung selama 2 jam ini turut dihadiri oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Tuan Kechik Tuan Tengah dan Setiausaha PBSNT, Datuk Tengku Faruk Hussin Tengku Abdul Jalil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN