Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Minggu Ke-11 Dalam Bundesliga?

Selepas 7 perlawanan liga yang telah dilangsungkan bagi minggu ke-11 semalam, ada beberapa perkara yang menarik perhatian.

Meskipun 2 lagi perlawanan belum berlangsung sebagai penutup minggu 11 ini, berikut ialah sedikit intipati perkara-perkara yang berlaku pada perlawanan semalam:

1. Borussia Dortmund gagal meraih 3 mata di laman sendiri sekaligus menambahkan lagi derita anak-anak buah Peter Bosz. Selepas 4 perlawanan, mereka hanya mampu mengutip 1 mata.

 

Photo: Bundesliga/Twitter

2. Arjen Robben membuktikan sentuhannya semakin berbisa apabila telah mencetak 93 gol untuk Bayern Munich. Beliau juga merupakan pemain luar (bukan asal dari Jerman) yang paling banyak menjaringkan gol untuk The Bavarians.

3. Bekas pemain pertahanan Bayer Leverkusen dan kini bermain untuk Borussia Dortmund, Omar Toprak telah melakukan 200 penampilan dalam Bundesliga dan lebih manis, perlawanan yang ke-200 itu adalah merupakan pertemuan Der Klassiker.

4. Robert Lewandowski yang kembali pulih dari kecederaan tidak menunggu lama untuk kembali mencetak nama sebagai penjaring, dan yang paling menarik jaringannya dalam pertemuan bertemu Dortmund adalah paling bersahaja di mana beliau sekadar melakukan flick dalam kotak penalti. Golnya semalam meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak dengan 11 gol.

5. Tular di laman sosial apabila penjaga gol Mainz 05 hampir menghukum pasukannya sendiri selepas beliau sekadar menendang angin dalam kotak penalti ketika perlawanan bertemu Monchengladbach.

Photo: Bundesliga.com

6. Freiburg akhirnya tewas di arena sendiri selepas kental bertahan 6 perlawanan tanpa kalah di Schwarzwald Stadion. Mereka tewas 0-1 ke atas Schalke 04 semalam dan gagal mempertahankan rekod pada musim 2012. Kini tinggal 4 pasukan sahaja yang belum tewas di laman sendiri iaitu Bayern, RB Leipzig, Sttugart dan Bayer Leverkusen.

7. Selepas perlawanan ke-11, Bayern terus unggul di depan dan dipisahkan dengan 4 mata ke atas RB Leipzig dan 6 mata ke atas Dortmund. Selain itu, perebutan di pertengahan liga semakin sengit apabila Hannover, Eintracht Frankfurt dan Borussia Monchengladbach berkongsi 18 mata.

Berikut ialah keputusan perlawanan-perlawanan di minggu ke 11:

RB Leipzig 2-1 Hannover (Poulsen 70′, Werner 85′ – Bebou 56′)
Hamburg 3-1 Stuttgart (Hunt 20′, Kostic 65′, Arp 69 – Ginczek 55′)
Borrusia M’Gladbach 1-1 Mainz (Vestergaard 67′ – Diallo 19′)
Augsburg 1-1 Bayer Leverkusen (Danso 49′ – Volland 47′)
Freiburg 0-1 Schalke (Caligiuri 62′)
Eintracht Frankfurt 2-1 Werder Bremen (Rebic 17′, Haller 89′ – Moisander 24′)
Borussia Dortmund 1-3 Bayern Munich (Barta 88′ – Robben 16′, Lewandowski 37′, Alaba 67′)
FC Koln vs. Hoffenheim (Ahad, 10:30 malam, waktu Malaysia)
Wolfsburg vs. Hertha Berlin (Isnin, 1:00 pagi, waktu Malaysia)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN