Nemanja Matic Tidak Kisah Dengan Sambutan Yang Bakal Diterimanya Di Stamford Bridge

Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic menegaskan bahawa beliau tidak kisah dengan penerimaan dan sambutan peminat Chelsea terhadap kemunculan pertamanya di Stamford Bridge selepas berpindah ke United pada perpindahan musim panas yang lalu.

Matic akan kembali ke Stamford Bridge pada hujung minggu ini apabila Manchester United bakal membuat perhitungan menentang Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain kelahiran Serbia itu kini merupakan tonggak utama buat Jose Mourinho apabila telah beraksi dalam kesemua perlawanan liga serta Liga Juara-Juara Eropah setakat ini.

Menjelang pertemuan pada Ahad ini, Nemanja Matic berkata beliau telah menunjukkan kualiti yang ada pada dirinya ketika bersama Chelsea dan kini kesetiaanya adalah kepada United.

Nemanja Matic
Matic dan Mourinho ketika bersama Chelsea.

”Saya fikir apabila saya beraksi disana (Stamford Bridge), saya akan membuktikan kepada mereka kualiti yang saya miliki,” kata Matic.

”Kami (ketika bersama Chelsea) memenangi dua kejuaraan liga dan juga dua piala, jadi saya tidak perlu membuktikan apa-apa kepada mereka. Saya hanya perlu membuktikan sesuatu kepada kelab baru saya.”

”Saya telah menikmati saat yang indah disana, tiga tahun setengah, merupakan masa yang panjang dan sudah pastinya sesuatu yang istimewa buat saya untuk kembali beraksi di stadium itu (Stamford Bridge).

”Tetapi sekarang saya berada di pihak lawan, saya perlu bersikap profesional dan melakukan yang terbaik buat pasukan saya. Sekarang saya merupakan pemain United, saya akan mencuba untuk melakukan yang terbaik buat pasukan saya dan mendapatkan mata di sana.”

”Apabila bermain di sana saya akan memberikan 100% terhadap aksi saya. Saya pasti mereka (penyokong) akan menghormati dan sekiranya tidak, saya tidak kisah dengan keadaan tersebut,” kata pemain berusia 29 tahun itu lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN